Masih ramai sebenarnya lelaki yang sanggup menerima wanita gempal sebagai pasangan. -Gambar hiasan AI
SAIZ badan bukan penentu kebahagiaan namun masih ada menjadikan bentuk fizikal sebagai asas dalam memilih pasangan.Menurut seorang pemuda, dia juga tidak kisah akan hal itu malah pernah membuka pintu hatinya menerima seorang wanita berbadan gempal sebagai kekasih. "Masa bujang dulu saya pernah bercinta dengan perempuan chubby. Mukanya cantik, cuma badannya berisi. Saya lihat potensi dalam dirinya.Pergaulan bebas di gim boleh membuka ruang untuk seseorang berlaku curang. -Gambar hiasan AI"80 peratus perjumpaan kami adalah untuk aktiviti sukan. Kami pergi hiking, joging dan gim."Kalau bab makan, saya memang jaga pemakanan dia. Saya nak dia kurus, sebab dia memang ada rupa."Rugilah kecantikan wajahnya kalau badan masih berisi," tulis pemuda itu memulakan ceritanya. Bagaimanapun usaha mengembalikan keyakinan kekasih hati berakhir kekecewaan apabila dia ditinggalkan selepas wanita itu berjaya menguruskan badan.Seorang pemuda mengaku pernah bercinta dengan wanita gempal.Dia gigih membantu sehingga wanita itu berjaya menguruskan badan.Selepas kurus, wanita itu curang dan memilih untuk bersama lelaki lain.Di ruangan komen, seorang wanita mendakwa dia juga pernah berdepan pengalaman sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pengakhiran cerita kami, dia memang berjaya kurus. Tapi bila dah lawa, dia mula gatal pergi dekat lelaki lain pula."Sejak detik itu, saya dah tak mahu la. Buat penat je semua ni," tulisnya lagi menerusi hantaran di aplikasi Threads.Melihat ruang komen, pemuda itu nampaknya tidak bersendirian apabila seorang lagi wanita mendakwa dia turut berdepan situasi lebih kurang sama.Menurut wanita itu pula, dia pernah membantu bekas teman lelakinya mengubah penampilan diri, namun turut berdepan kekecewaan selepas ditinggalkan tanpa alasan kukuh.ARTIKEL BERKAITAN: Masa gemuk tak siapa mahu, gadis gembira temui cinta selepas kurus! Dapat BF sangat penuhi kriteriaARTIKEL BERKAITAN: Petugas kesihatan dedah kesan buruk badan gemuk, punca ramai jururawat alami ‘slip-disc’ - “Terlentang lepas angkat pesakit 175 kg”"Begitu juga yang berlaku kepada saya. Dari dia gemuk sampai dah sado, dari botak sampai tumbuh rambut, daripada tiada kerja sampai ada kerjaya tetap. Semua dengan saya."Tapi lepas dia seminggu lapor diri, dia terus minta putus sebab alasan jauh."Aku dah sama-sama susah dengan kau. Bila dah senang, kau tinggalkan aku. Geram je rasa," tulis wanita itu pula.