suria

Rakan serumah dari neraka ‘bedal’ stok lauk sampai licin, tak tahu malu label kawan kedekut - “Habis beli baru, apa susah”

Rakan serumah seharusnya lebih beradab dalam menggunakan hak orang lain.-Gambar hiasan AI

MENYEWA bersama orang tidak dikenali boleh dianggap sebagai 'perjudian' kerana kebarangkalian mendapat rakan serumah dari 'neraka' itu tinggi.

Seperti mana berlaku kepada wanita ini, dia puas menahan sabar dengan sikap salah seorang teman serumahnya yang cukup gemar mengambil barang makanan miliknya tanpa kebenaran.

Menurutnya, stok barangan basah seperti ayam, sotong, udang licin 'dikerjakan' oleh individu tersebut tanpa sebarang rasa bersalah.

"Rakan serumah suka ambil barang orang, buat macam harta sendiri.

Perselisihan faham perkara biasa yang berlaku dalam kalangan penyewa rumah. -Gambar hiasan AI

Perselisihan faham perkara biasa yang berlaku dalam kalangan penyewa rumah. -Gambar hiasan AI

"Beli barang basah untuk sebulan. Semua hilang dalam peti ais. Bodoh la boleh dapat rakan serumah macam ini," luahnya.

Ceritanya, tabiat mengambil barang orang lain bukan perkara baru malah turut berlaku kepada rakan serumah yang lain.

Disebabkan sikap panjang tangan individu tersebut, penghuni kediaman itu sering bertukar-tukar kerana ramai tidak tahan dengan sikapnya.

"Memang perangai dia suka ambil barang orang. Rakan serumah sebelum ini dah pernah belasah dia sebelum keluar.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 bulan tahan marah 'housemate' guna barang dapur tanpa izin, takut nak tegur sebab gempal - “Patut gemuk makan benda haram”

ARTIKEL BERKAITAN: Si cantik pengotor... Mekap Isnin 'carry forward' sampai Khamis', bangun tidur terus pergi kerja - "Berus gigi pun dia tak ada"

"Tapi jenis tak serik, perangai tak berubah," katanya.

Tidak bercakap kosong, wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp antara mereka mengenai isu tersebut.

Dalam mesej tersebut, dia bertanya sama ada rakannya mengambil barangan basah miliknya kerana stok yang dibeli sudah tiada.

"Ha'ah saya yang guna. Duduk sekali mestilah barang kena share kan," balas rakan serumahnya.

  • Seorang gadis kecewa apabila stok makanan yang dibeli habis digunakan rakan serumah.
  • Barangan basah seperti ayam, sotong dan udang hilang dari peti sejuk rumah sewa.
  • Rakan serumah mengakui menggunakan makanan tersebut kerana menganggap ia perlu dikongsi.
  • Gadis itu menegaskan makanan berkenaan dibeli menggunakan wang sendiri dan tidak dihalalkan.
  • Warganet menasihatkan supaya menggunakan peti sejuk peribadi.

Gadis itu menjelaskan makanan itu diperuntukkan untuk kegunaan peribadi dan dia juga tidak menghalalkan tindakan rakannya itu.

"Kedekut lah kau ni. Habis beli yang baru apa susah. Thank you tau belanja barang basah," balas rakannya.

Sementara itu, netizen menasihatkan gadis tersebut membeli peti sejuk peribadi yang disimpan di dalam bilik tidur.

Malah ada juga menyarankannya berpindah ke rumah lain bagi mengelak masalah sama berulang.

Artikel Lain