Perkongsian seorang individu mengenai pengalamannya ketika menaiki perkhidmatan e-hailing buat ramai tersentuh. -Gambar hiasan (kanan)
MASALAH bau badan sememangnya satu isu sensitif yang kadangkala mengundang rasa kurang selesa orang sekeliling. Namun, ramai tidak menyedari bahawa ada individu yang mengalami bau badan bukan disebabkan kebersihan diri, tetapi akibat daripada kecelaruan genetik seperti simptom yang dikenali sebagai trimethylaminuria (TMAU). Perkongsian seorang individu, @husnazaris di laman sosial membuka mata ramai apabila dia berkongsi pengalaman berdepan dengan pesakit TMAU ketika menaiki perkhidmatan e-hailing baru-baru ini.Menurutnya, sewaktu masuk ke dalam kenderaan, dia terlihat sekeping nota yang ditampal pada kerusi belakang oleh pemandu e-hailing berkenaan.Bagi pemandu e-hailing, keselesaan penumpang adalah keutamaan mereka. -Gambar hiasan"Hello, saya pemandu Grab mengalami metabolic disorder, masalah yang tiada ubat. Tapi saya 100 peratus bersih. Harap maaf. TMAU Awareness Foundation," demikian yang tertulis pada nota berkenaan.Didorong perasaan ingin tahu, individu berkenaan membuat carian di internet sebelum menemui penjelasan mengenai TMAU, iaitu sejenis kecelaruan metabolik yang jarang berlaku.Hasil carian itu membuatkan dia lebih memahami situasi dihadapi pemandu berkenaan, sekali gus menimbulkan rasa empati terhadap penghidap masalah tersebut yang sering disalah anggap oleh masyarakat.ARTIKEL BERKAITAN: Driver Grab tak sia-siakan kepintarannya! Tayang resume dalam kereta, penumpang kagum bukan calang-calang lulusanARTIKEL BERKAITAN: Tempah Grab, dapat Mercedes! Penumpang ‘siasat’ siapa pemandu, rupanya ada banyak lagi kereta mewah di rumah"Belajar sesuatu yang baru. Jadi kalau ada orang yang badannya bau ikan tu, jangan judge okey. Kesian dekat dia," tulisnya.Ujarnya, pengalaman tersebut membuka perspektif baharu kepadanya, sekali gus mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat penilaian berdasarkan situasi seseorang.Malah individu itu melahirkan rasa kagum terhadap sikap profesional pemandu berkenaan yang tetap berusaha memberikan perkhidmatan terbaik meskipun berdepan kekangan kesihatan."Kepada anda yang tanya betul ke pemandu itu berbau ikan. Untuk hidung yang sensitif macam saya ni, saya boleh katakan pemandu tersebut melakukan yang terbaik untuk melindungi bau itu. "Kereta bersih bau wangi, malah dia kunyah gula-gula getah sebelum saya masuk. Jadi sila berikan penilaian terbaik kepadanya dan sebarkan kesedaran ini ya," tulisnya lagi.Seorang individu berkongsi pengalaman menaiki e-hailing dan bertemu pemandu yang menghidap TMAU.Dia terlihat notis pada kerusi belakang yang menjelaskan keadaan kesihatan pemandu tersebut.Individu itu membuat carian internet dan mengetahui TMAU ialah kecelaruan metabolik jarang berlaku.Pengetahuan itu menimbulkan rasa empati dan menyedarkannya agar tidak cepat menilai orang lain.Dia turut kagum dengan sikap profesional pemandu yang tetap berusaha memberi servis terbaik.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsiannya itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata tersentuh dengan kejujuran dan usaha pemandu berkenaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.Malah, ramai yang turut berkongsi pandangan agar masyarakat lebih peka dan tidak mudah menghukum individu yang berdepan masalah kesihatan seperti itu tanpa mengetahui keadaan sebenar.Dalam pada itu, menurut seorang doktor perubatan yang aktif berkongsi info kesihatan di media sosial, Dr Zubaidi Ahmad, individu yang menghidap TMAU tidak dapat menghadamkan (memecahkan kepada molekul-molekul kecil) sebatian trimethylamine.Sebatian ini akan berkumpul dalam tubuh dan apabila dikeluarkan sebagai peluh, air kencing dan wap pernafasan, menghasilkan bau yang busuk seperti bau hamis atau ikan mati.