TIDAK semua pasangan berpeluang untuk hidup berdikari sebaik mendirikan rumah tangga. Atas faktor kewangan, komitmen atau tanggungjawab keluarga, ada yang terpaksa tinggal sebumbung bersama mentua buat sementara waktu. Namun, situasi itu kadangkala boleh menimbulkan cabaran tersendiri, terutama daripada segi privasi dan ruang sebagai suami isteri seperti yang diluahkan oleh seorang wanita ini.Menerusi perkongsiannya, wanita berkenaan mengakui dia mula berasa rimas apabila setiap pergerakannya sering menjadi perhatian ahli keluarga mentua.Menetap sebumbung dengan mentua mempunyai banyak cabaran terutamanya privasi. -Gambar hiasan AI"Setelah kita dah berumah tangga, patut ke hari-hari mak dan ayah mentua atau adik-beradik ipar bertanya setiap kali keluar rumah atau nak pergi ke mana-mana?"Kadang-kadang sampai call suami dua, tiga kali, asyik bertanya macam-macam," kongsinya.Menurutnya lagi, keadaan tersebut membuatkan dia berasa seolah-olah tiada ruang peribadi walaupun sudah bergelar isteri.ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentuaARTIKEL BERKAITAN: Mentua ‘triggered’ baca komen menantu dalam grup WhatsApp keluarga... Tak sampai 24 jam terus ‘tendang’ keluar!"Kadang-kadang terasa rimas apabila selalu orang bertanya apabila kita keluar bersama sebagai suami isteri."Entahlah, apabila duduk rumah mentua ni macam-macam hal kena report, especially dengan mak dan ayah mentua," ujarnya.Tambah wanita itu, perkara kecil seperti keluar makan bersama suami juga menjadi sukar apabila perlu memaklumkan mentua terlebih dahulu demi menjaga hati mereka.Seorang wanita rimas kerana perlu melaporkan setiap pergerakan kepada keluarga mentua.Dia berasa tiada privasi kerana kerap ditanya ke mana dan bila keluar rumah.Aktiviti kecil seperti keluar makan dengan suami pun menjadi sukar kerana perlu meminta izin.Ada ahli keluarga ipar yang suka mengikut malah menyindir sekiranya tidak dibawa bersama.Netizen mencadangkan supaya tinggal berasingan demi keharmonian rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Nak makan atau keluar jalan-jalan dengan suami pun payah, kadang-kadang ada yang nak ikut dan lain-lain."Setiap kali nak keluar makan sekejap pun wajib tanya orang-orang dalam rumah tu dulu sebelum keluar," luahnya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata memahami situasi dialami wanita berkenaan.Ada yang berpendapat perkara itu mungkin berpunca daripada sikap ambil berat keluarga mentua, namun dalam masa sama mengakui pentingnya sempadan dalam kehidupan berumah tangga.Sebahagian daripada komen netizen.Tidak kurang juga yang menyarankan agar wanita tersebut berbincang secara baik dengan suami bagi mencari jalan penyelesaian, termasuk berusaha untuk tinggal sendiri sekiranya berkemampuan demi keharmonian rumah tangga."Sebab itu kena pindah, nak buat apa-apa pun mereka tak perlu tahu."Pindah… hidup berdikari, urus rumah tangga sendiri ikut cara sendiri."Saya pernah alami. Nak keluar kalau tak bawa cucu lain dalam rumah tu, mulalah menyindir," demikian komen netizen.