Penganjuran rumah terbuka bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sanak saudara dan rakan taulan. -Gambar hiasan AI
KETIKA ini ramai mengambil peluang menganjurkan rumah terbuka dalam memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri sepanjang bulan Syawal.Namun majlis yang sepatutnya menjadi 'jambatan' mengeratkan silaturahim boleh bertukar 'acara' kecil hati apabila ada tidak dijemput menghadiri rumah terbuka. Seperti kisah seorang wanita ini, dia hanya mengetahui mengenai rakan sepejabatnya mengadakan rumah terbuka apabila ditanya oleh rakan lain sama ada dia akan menghadiri majlis itu atau tidak.Katanya, dia berasa terkejut dengan pertanyaan itu kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai rumah terbuka tersebut apatah lagi mendapat sebarang jemputan.Ramai mengambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan Syawal. -Gambar hiasan AI"Ada officemate saya ni buat open house. Pada mulanya saya tak dijemput. "Saya dapat tahu secara tidak sengaja apabila seorang lagi officemate tanya, saya pergi tak open house rumah XXX itu nanti."Jadi saya jawab, saya tak tahu pun XXX buat open house," tulisnya dalam perkongsian di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal erti halal haram! Lelaki rambut panjang ceroboh majlis akikah, pura-pura buat ‘content’ video sebelum makanARTIKEL BERKAITAN: Rancang majlis kahwin ala ‘open house’, wanita tak mahu naik pelamin... Paling penting tetamu dapat makan sedap!Menurutnya, pada awalnya dia langsung tidak berkecil hati tidak dijemput malah beranggapan rakan sepejabatnya itu hanya mengadakan majlis kecil-kecilan dengan tetamu terhad.Keadaan bertukar janggal apabila beberapa jam kemudian dia mendapat undangan namun disampaikan menerusi rakan rakan sekerja yang lain dan bukan tuan badan.Situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam dirinya, sekali gus membuatkan dia mempersoalkan keikhlasan jemputan tersebut.Seorang wanita berkongsi kisah apabila tidak dijemput ke rumah terbuka rakan sepejabat, sebelum mengetahuinya secara tidak sengaja.Dia pada awalnya tidak berkecil hati dan menyangka majlis diadakan secara kecil-kecilan.Beberapa jam kemudian, dia menerima jemputan yang disampaikan melalui rakan sekerja lain.Situasi itu menimbulkan tanda tanya dan membuatkan dia meragui keikhlasan jemputan tersebut.Netizen memberi pelbagai reaksi, ada menyuruh hadir seperti biasa, ada juga menyokong jika dia memilih untuk menolak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau korang, korang pergi tak open house dia nanti? Iyalah mula-mula kan dia memang tak jemput pun kita. Dia jemput balik ni pun sebab terkantoi saya tahu dia buat open house tapi tak jemput saya."So, dia memang tak nak jemput kita la kan?" kongsinya lagi.Perkongsian wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berkongsi pandangan masing-masing.Ada yang berpendapat wanita itu tidak perlu berfikir bukan-bukan dan menganggap jemputan tersebut mungkin sekadar terlepas pandang pada awalnya.Sebahagian komen netizen.Namun, tidak kurang juga merasakan wanita itu berhak menolak secara baik jika berasa kurang selesa, apatah lagi apabila jemputan tersebut dilihat seperti dibuat selepas 'terkantoi'."Kalau betul dia terlupa, mesti dia akan jemput sendiri. Kan open house dia, kenapa pula orang lain kena jemputkan. "Kalau awak selesa ikhlas nak silaturrahim demi Allah, sila pergi. Tapi kalau awak rasa tersinggung, utamakan perasaan awak. "Secara positif mungkin dia terlupa. Ramai sangat kawan kot. Tapi kalau selepas tu dia jemput melalui orang tengah, bermakna dia ajak-ajak ayam," komen netizen.