suria

“Tahniah dah kena prank!” - Wanita terkedu terima sampul sedekah berisi RM1.50 dengan nota biadab di hari pengebumian bapa

Sikap empati sangat penting ketika menziarahi kematian untuk menghormati jenazah dan mengurangkan beban emosi keluarga si mati.

KETIKA masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang, wanita ini diuji pula dengan sikap biadab salah seorang tetamu yang hadir pada hari pengebumian arwah bapanya.

Mana tidaknya, dia menerima sampul sedekah beserta nota yang dengan jelas menunjukkan sikap tidak sensitif.

"Tahniah dah kena prank... hahaha.

"Harap cukup RM150 ni untuk buat tahlil bapa mu," demikian kata-kata yang tertulis pada sampul duit berkenaan.

Segelintir individu menggunakan wang sedekah pada hari pengebumian untuk tujuan pembiayaan majlis tahlil. -Gambar hiasan AI

Segelintir individu menggunakan wang sedekah pada hari pengebumian untuk tujuan pembiayaan majlis tahlil. -Gambar hiasan AI

Berdasarkan foto yang dikongsikan, selain tulisan menggunakan dakwat berwarna merah, sampul duit itu sebenarnya diisi dengan wang kertas RM1 dan sekeping syiling 50 sen.

Meluahkan rasa terkilan, wanita ini berkata perkara tersebut disedari ketika dia membuat kiraan jumlah wang sedekah yang diperoleh bagi membiayai majlis tahlil ringkas untuk arwah bapanya.

"Ibu suruh kira berapa (jumlah wang) orang sedekah sebab nak buat tahlil, tapi... sampai hati awak.

"Tak apalah, mungkin niat awak betul, nak bagi (sedekah), terima kasih," luahnya di Thread.

  • Wanita masih bersedih kehilangan ayah, diuji sikap biadab tetamu pengebumian.
  • Terima sampul berisi nota ‘prank’ dan sindiran guna duit untuk tahlil.
  • Sampul mengandungi RM1 dan syiling 50 sen sahaja.
  • Pengadu tetap ucap terima kasih walaupun hati terguris.
  • Netizen kecam tindakan keterlaluan dan tidak berempati.

Mengakui tergores hati dan sedih dengan sikap tidak prihatin individu tersebut, pengadu bagaimanapun menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemberi sedekah dan menganggapnya sebagai hikmah.

Malah, dia turut mendoakan supaya individu terbabit tidak mengalami nasib yang sama seperti yang dilaluinya.

"Semoga suatu hari  nanti awak tak kena macam mana awak buat dekat saya," tambahnya sayu.

Dalam hantaran susulan, dia yang mengusahakan perniagaan laksa turut berkongsi kenangan terakhir bersama arwah bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari meninggal, adik beradik arwah ibu gelojoh berebut tanah... Makcik pula sentap tak diupah jadi katerer majlis tahlil

"Air tangan akhir arwah, malam tadi sama-sama proses kuah laksa untuk jualan hari ini.

"Rupa-rupanya untuk jamu semua orang yang datang (berkunjung), mujur dapat simpan semangkuk, kalau tidak mungkin agak terkilan," adunya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang dianggap tidak mempunyai empati dan melampaui batas dalam bergurau.

"Apa yang dia tulis tu biadab sangat, moga berak tak lawas.

"Kalau bagi duit tanpa nota tu, orang tak kisah sangat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain