suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh ‘pocong’ gegar pintu rumah, wanita guna satu semburan halau makhluk halus... Dakwa tiada lagi gangguan

Netizen mendakwa berlaku gangguan pocong di beberapa lokasi di Selangor. -Gambar hiasan

DAKWAAN mengenai gangguan pocong di Puncak Alam, Selangor terus 'menggegar' pintu kediaman menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Malah, situasi itu kini dikatakan semakin membimbangkan apabila netizen mendakwa gangguan berkenaan mula muncul di beberapa lokasi lain pula.

Antara kawasan yang turut disebut netizen termasuk Damansara Damai dan Kajang, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

"Ramai orang cakap pocong dekat Puncak Alam dah merayap pergi kawasan lain. Tak kisahlah kawasan mana pun, tapi dia ketuk pintu rumah landed je kan?

"Yang duduk apartment pocong tak kacau kan?" tulis seorang wanita di aplikasi Threads.

Hantaran itu turut mengundang pelbagai komen, termasuklah daripada individu yang mendakwa pernah berdepan gangguan pocong.

Menurut seorang lagi wanita, dia tetap diganggu dengan kehadiran pocong walaupun rumahnya terletak pada aras tinggi.

Namun dia mendakwa semburan air kasturi di kawasan dipercayai 'dihuni' makhluk tersebut akan bertempiaran lari malah tidak lagi diganggu. 

"Saya apartment, siap kacau masuk rumah. Saya baca ayat Kursi dan guna semburan kasturi. Ia lari ke dapur.

"Suami buka pintu utama, pasang surah, lepas tu hilang dah. Rumah saya level paling atas tau," tulis wanita itu.

Menurut wanita itu lagi, semburan kasturi yang digunakan hanya dibeli menerusi platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok.

Artikel Lain