suria

Ingat nak kurus sambil ‘cuci mata’ tengok budak lelaki main bola... Siswi tak sangka diganggu ‘penunggu’ kampus ketika joging!

Segelintir pelajar bersenam pada waktu malam kerana terlalu sibuk pada siang hari. -Gambar hiasan AI

BAGI golongan pelajar, aktiviti berjoging merupakan cara paling mudah untuk bersenam demi menurunkan berat badan.

Mimi dan Syikin (bukan nama sebenar) juga mula menjalani gaya hidup sihat selepas berat masing-masing mula mencecah 70 kilogram (kg).

Dua pelajar universiti itu tidak mampu untuk membayar yuran keahlian gim, jadi mereka memilih untuk berjoging setiap kali tamatnya kuliah.

Awalnya, mereka hanya bersenam di kawasan asrama dan kampus pada waktu petang sambil mencuci mata untuk melihat pelajar lelaki bermain bola.

Namun disebabkan jadual kuliah serta tugasan yang semakin padat, mereka mula mengambil keputusan untuk melakukan senaman pada waktu malam.

Laluan mereka biasanya bermula dari asrama menuju ke kawasan kampus melalui jalan utama serta jalan kecil yang dikelilingi hutan dan kawasan berbukit.

Pada minggu pertama, tiada sebarang kejadian aneh berlaku dan mereka juga gembira apabila berat badan perlahan-lahan mula menunjukkan perubahan.

Memasuki minggu berikutnya, mereka mula berjoging sekitar pukul 9 malam ketika suasana sudah gelap sepenuhnya.

Ketika melalui sebuah padang terbuka berhampiran dengan sebatang pokok besar, Syikin tiba-tiba ternampak satu susuk tinggi berdiri di tepi jalan.

Makhluk itu mempunyai mata merah yang dan merenung tajam ke arah mereka sehingga membuatkan Syikin menjerit ketakutan sebelum pengsan.

Golongan wanita tidak sepatutnya berada di kawasan sunyi pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

Mimi yang berada di sebelahnya tidak melihat apa-apa, namun turut panik melihat keadaan Syikin yang tiba-tiba rebah.

Dalam keadaan cemas dan ketakutan, Mimi meninggalkan Syikin seketika dan berlari seorang diri untuk mendapatkan bantuan.

Dia berlari kira kira 300 meter sebelum terserempak dengan seorang pelajar lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Mimi segera meminta bantuan pelajar tersebut untuk kembali ke lokasi Syikin yang masih tidak sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kepala terhentak pada stereng, cikgu ‘break’ mengejut ditahan wanita berlumuran darah tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat estetik, rupanya mistik! Pemuda ini menyesal bawa pulang ‘kucing’ pasar karat

Pelajar itu kemudian menemani Mimi kembali ke tempat kejadian sebelum rakan-rakan mereka tiba dengan kereta untuk membawa Syikin pulang ke asrama.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pensyarah mereka yang turut menghubungi seorang ustaz untuk datang ke hostel bagi membantu keadaan Syikin.

Syikin akhirnya sedar tetapi berada dalam keadaan lemah dan trauma selepas kejadian yang dialaminya.

Ustaz tersebut yang juga merupakan pensyarah di universiti berkenaan memaklumkan beberapa kawasan di kampus itu sememangnya agak 'keras' kerana terletak berhampiran hutan dan bukit.

Menurutnya lagi, ramai pelajar baharu seperti Mimi dan Syikin tidak mengetahui sejarah serta cerita lama mengenai kawasan tersebut.

Kejadian itu kemudiannya menjadi menjadi perbualan hangat di seluruh kampus, malah mula membuka lagi kisah-kisah lama yang pernah berlaku sebelum ini.

Sejak kejadian itu, Mimi dan Syikin tidak lagi bersenam pada waktu malam.

Artikel Lain