suria

Tak terima alasan sakit datang bulan, warga emas tarik rambut penumpang wanita enggan beri tempat duduk dalam tren

Warga emas menarik rambut selepas tidak berpuas hati dengan jawapan seorang wanita.

SUASANA di dalam sebuah tren yang sesak bertukar kecoh apabila dua wanita warga emas terlibat dalam pergelutan fizikal dengan seorang penumpang muda gara-gara isu tempat duduk.

Kejadian berlaku apabila wanita muda terbabit didakwa enggan memberikan tempat duduk kepada salah seorang warga emas berkenaan.

Menurut laporan, wanita itu memaklumkan dia kurang sihat kerana sedang datang haid selain berasa tidak larat untuk berdiri lama.

Keadaan bagaimanapun menjadi semakin tegang selepas wanita itu mendakwa warga emas berkenaan masih kelihatan cergas untuk berdiri.

Rakaman video yang tular di Shanghai, China itu menunjukkan kedua-dua wanita itu saling menjerit dalam keadaan tren yang sesak dengan penumpang.

Salah seorang warga emas dilihat bertindak luar kawalan dengan menarik rambut wanita muda itu selain meludah ke arahnya ketika pertengkaran memuncak.

Pergelutan itu turut menyebabkan penumpang lain panik dan terpaksa berganjak bagi mengelakkan mereka terkena impak fizikal daripada pergaduhan tersebut.

Pihak polis tempatan dilaporkan sudah mengeluarkan amaran berhubung insiden tersebut. -Agensi

 

Artikel Lain