suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian bertukar tragedi... 4 pelancong ‘tumbang’ serentak di restoran, seorang maut

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -Gambar hiasan

EMPAT lelaki tidak sedarkan diri dengan seorang daripada mereka meninggal dunia ketika mengunjungi sebuah restoran pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, kesemua mangsa warga India itu berkunjung ke restoran di Pantai Kamala, Phuket, Thailand sekitar pukul 11 malam Khamis (8 Mei).

Saksi berkata, kumpulan pelancong berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dalam jangka masa yang tidak jauh berbeza.

Anggota dari Balai Polis Kamala bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada pengawal keselamatan restoran terbabit kira-kira pukul 1.54 pagi (9 Mei).

Tiga mangsa dibawa ke Hospital Patong, manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Thalang untuk rawatan lanjut.

Dua mangsa yang dirawat di Hospital Patong dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sebelum dipindahkan ke Hospital Vachira Phuket bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang pada hari sama.

Media tempatan melaporkan mangsa lain kini berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, polis memaklumkan bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan mendakwa kejadian ada kaitan dengan pengambilan bahan terlarang atau alkohol haram.

Namun polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu. - Agensi

Artikel Lain