Cubaan membunuh merupakan jenayah berat yang boleh membawa hukuman berat di sisi undang-undang. -Gambar hiasan
SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila terkena renjatan elektrik ketika dia sedang tidur.Lebih menyakitkan apabila dia akhirnya mengetahui menjadi mangsa cubaan bunuh oleh isteri sendiri bersama kekasih wanita itu. Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Yavatmal, Maharashtra, India.Mangsa, Gajanan More, dikatakan sedang tidur di rumah pada 3 Mei lalu sebelum dikejutkan dengan arus elektrik secara tiba-tiba.Menurut polis, suspek utama iaitu isterinya, Kavdi More, dipercayai merancang pembunuhan tersebut bersama kekasihnya, Vishnu Kadu, selepas mangsa dikatakan menjadi penghalang kepada hubungan mereka.Difahamkan, kedua-dua suspek menggunakan wayar aluminium yang disambungkan kepada bekalan elektrik sebelum satu hujung wayar itu dilekatkan pada badan mangsa bagi mengalirkan arus elektrik.Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua bahagian lengan atas dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.Polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian menjalankan siasatan sebelum menahan kedua-dua suspek pada 8 Mei lalu.Pihak berkuasa turut merampas wayar yang dipercayai digunakan dalam cubaan membunuh tersebut.Kes kini disiasat di bawah Seksyen 109(1) dan 62(2) berkaitan percubaan membunuh. -Agensi