TIGA lelaki warga Thailand ditahan pihak berkuasa Jepun selepas dipercayai mendalangi 167 kes pecah rumah melibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit sejak Oktober 2024.Kumpulan itu menyasarkan kediaman yang tidak berpenghuni di beberapa wilayah utama termasuk Ibaraki, Osaka, dan Hyogo sebagai sasaran utama kegiatan jenayah mereka.Modus operandi suspek dikesan dengan cara meronda menggunakan kereta bagi mengenal pasti rumah yang mempunyai halaman tidak terurus atau ruang parkir kosong.Ia adalah dua petanda utama bahawa kediaman tersebut ditinggalkan pemiliknya.Dalam kejadian terakhir di Bandar Hokota, suspek dilaporkan melarikan wang tunai berjumlah 170,000 yen (RM5,200) berserta barangan berharga yang lain.Secara keseluruhannya, kumpulan ini didakwa mencuri wang tunai berjumlah 6.4 juta yen (RM196,000) dan pelbagai barangan mewah seperti jam tangan, barang kemas, serta peralatan audio bernilai 17.6 juta yen (RM540,000).Siasatan polis mendapati aktiviti jenayah mereka berlangsung selama lapan bulan sebelum berjaya ditumpaskan pada Julai 2025.Wilayah Ibaraki mencatatkan rekod tertinggi dengan 138 kejadian pecah rumah yang dikaitkan dengan kumpulan ini. -Agensi