suria

Wanita makan hati sikap suami, tak puas hidup membujang asyik ke pusat snuker... Isteri sakit pun anggap benda kecil

Ada segelintir suami lebih pentingkan hobi berbanding pasangan. -Gambar hiasan AI

LUMRAH hidup berumah tangga, pasti ada pasang surut dan ujian yang perlu ditempuh bersama.

Namun bagi wanita ini, dia kecewa apabila belum sempat merasai kemanisan hidup berumah tangga sejak berkahwin tujuh bulan lalu.

Sebaliknya, sepanjang tempoh itu dia terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik membabitkan sikap suaminya yang disifatkan belum puas dengan kehidupan bujang.

Dakwanya, lelaki itu bukan sahaja kurang mengambil berat tentang dirinya sebagai isteri tetapi lebih mengutamakan hobi bermain snuker.

Masalah rumah tangga perlu ditangani dengan segera untuk mengelak ia berlarutan. -Gambar hiasan AI

Masalah rumah tangga perlu ditangani dengan segera untuk mengelak ia berlarutan. -Gambar hiasan AI

"Tak sampai setahun, baru tujuh bulan kahwin sudah banyak kali bergaduh sampai nak bercerai!

"Suami tak peduli pun perasaan aku. Dia lebih pentingkan mak dia, diri dia dan snuker.

"Hari ini aku dah seminggu sakit dada, sudah dua hari ajak pergi klinik tapi dia buat tak tahu," luahnya.

Tambahnya, walaupun dia sedang menahan kesakitan, suaminya tetap mahu keluar bermain snuker terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu nikah suami berani buat hal, naik tangan kantoi langgan servis urut B2B... Wanita pilih cerai sedar kena ‘scam’

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap tak pakai otak! Isteri bengang pengurus Muslim tempat kerja suami suruh keluar solat Jumaat bergilir-gilir

Malah dia terpaksa mencari lelaki itu di pusat snuker bagi meminta membawanya ke hospital.

"Aku tak boleh tahan, aku pergi dekat tempat dia main snuker. Aku suruh dia bawa aku pergi hospital.

"Dah masuk kereta tak jadi pergi hospital, kami balik rumah. Dia hantar aku balik sebab dia nak buat e-hailing," katanya.

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa suaminya tergamak mengeluarkan kata-kata menggores hati malah tiada ucapan maaf keluar daripada mulut lelaki tersebut.

  • Wanita luah rumah tangga 7 bulan sering bergaduh.
  • Suami didakwa lebih utamakan snuker.
  • Kesihatan isteri tidak diendahkan walaupun sakit.
  • Suami dikatakan enggan bawa ke hospital.
  • Luahan itu cetus simpati warga maya.

"Dia langsung tak nak minta maaf, aku sedih gila. Dia siap kata baru sakit macam ini dah tak tahan, belum sakit beranak lagi.

"Padahal masa itu aku baru nak beritahu yang aku sebenarnya mengandung selepas ujian kehamilan tunjuk dua garisan," katanya yang terfikir untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka.

Luahan wanita itu membuatkan warga maya bersimpati dengan nasibnya namun meminta dia bangkit dan tidak lagi bergantung kepada suami.

"Awak dah boleh perlahan-lahan cari kerja. Tak boleh bergantung dengan suami macam ini. Dia makin pijak kepala awak nanti," antara komen netizen.

Artikel Lain