DALAM perhubungan, istilah sekufu sering kali disebut sebagai salah satu kunci keserasian pasangan. Sekufu bukan sekadar merujuk kepada taraf pendidikan semata-mata, tetapi turut melibatkan keserasian dari segi pemikiran, latar belakang hidup, nilai dan cara seseorang menjalani kehidupan. Namun, tidak semua hubungan dibina atas dasar cinta mampu bertahan apabila realiti perbezaan mula dirasai. Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang wanita yang melalui pengalaman pahit apabila hubungan cinta dengan kekasih akhirnya kecundang di tengah jalan kerana tidak sekufu.Penting untuk mencari pasangan yang sekufu untuk mengelakkan konflik di masa hadapan. -Gambar hiasan"Aku akhirnya dah faham kenapa kita kena cari yang sekufu. Aku adalah graduan sarjana (masters degree)."Bukan nak berlagak, tapi point aku adalah, aku pernah bagi peluang dekat lelaki yang sepanjang 26 tahun hidup dia, dia hanya ada sijil lahir."Masa Itu, aku memang betul-betul ikhlas nak terima dia. Aku lupa yang bukan semua orang ikhlas macam kita."Akhirnya, dia tinggalkan aku. Penat aku berhabis duit berpuluh ribu untuk masters tapi jadi bangang juga untuk lelaki yang ada sijil kelahiran je," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia kahwin lambat, lelaki usia 35 tahun ini akhirnya temui isteri sekufu - “Kalau dia nak resign pun okey”ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ragu-ragu cinta wanita, persoal nasib pasangan tak sekufu pendidikan - “Boleh terima ke suami tiada kelulusan”Bukan bermaksud menghina lelaki yang mempunyai tahap pendidikan rendah, namun wanita tersebut berkata, apa cuba disampaikan adalah perbezaan berkenaan sebenarnya memberi kesan besar dalam hubungan. "Aku tak cakap semua orang yang non-educated perangai macam ini. Aku tuju kepada ex aku sahaja. Dekat sini aku hanya nak share pengalaman terima lelaki yang lagi 'rendah' daripada aku. "Kami terlalu 'berbeza' dan tak 'sepadan' dalam pelbagai aspek, bukan hanya pendidikan," ujarnya.Menurut wanita itu lagi, pengalaman tersebut membuatkan dirinya terpanggil untuk berkongsi kisah peribadi di samping memberi peringatan kepada wanita lain agar berhati-hati dalam memilih pasangan.Seorang wanita berkongsi pengalaman cinta yang gagal kerana dia dan bekas kekasih tidak sekufu.Dia graduan sarjana, manakala bekas teman lelakinya tidak mempunyai tahap pendidikan tinggi.Dia ikhlas menerima lelaki tersebut, namun akhirnya ditinggalkan selepas banyak berkorban dalam hubungan.Perbezaan antara mereka bukan hanya pendidikan, tetapi melibatkan pemikiran, gaya hidup dan keserasian.Netizen berpendapat sikap matang lebih penting daripada tahap pendidikan semata-mata.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi kepada para wanita, carilah lelaki yang selevel ya. Supaya kau tak diperbodohkan oleh lelaki bodoh," akhirinya.Di ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.Ada bersetuju bahawa keserasian dari segi pemikiran dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah hubungan dapat bertahan lama.Malah, tidak kurang juga berpendapat tahap pendidikan bukan ukuran utama, sebaliknya sikap matang adalah lebih penting dalam sesebuah perhubungan.