PELAKON Cinta Laura menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami kecederaan pada jari. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Laura memuat naik beberapa foto memaparkan keadaannya sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. Menurut Laura, kejadian tersebut berlaku selepas dia seharian menghadiri sesi talkshow sebelum meneruskan penggambaran bersama rakannya, Emil Mario.Laura memuat naik beberapa foto berada di hospital."Pasti ramai yang pelik tengok gambar-gambar aku masuk hospital tapi muka masih full glam. Haha. "Pada mulanya semuanya baik-baik saja tetapi sewaktu aku potong limau nipis, tak sengaja jari terkena pisau. Ya luka ini agak dalam juga," katanya. Akibat kecederaan tersebut, Laura terpaksa menjalani prosedur jahitan dan mendapatkan rawatan di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Enggan anak bangsa tercicir dalam pelajaran, Cinta Laura buka sekolah sendiri sejak 2006ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura ditawar sertai kerajaan Indonesia, tolak bergelar menteri elak jadi ‘patung’"Nak tak nak, saya perlu terus ke hospital untuk jahit luka. Terima kasih atas doa semua," ujarnya. Sementara itu, di ruangan komen netizen terkejut melihat situasi Laura yang dikatakan agak keterlaluan sehingga masuk hospital walaupun hanya mengalami luka kecil."Jari kena pisau masuk bilik pembedahan terus. Ibu-ibu yang setiap hari bukan saja kena pisau, minyak panas, air panas pun masih hidup dan tak kena apa-apa," tulis netizenJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!