suria

Terkejut bilik penyanyi macam tongkang pecah, barang bersepah penuh lantai

Peminat terkejut lihat bilik penyanyi wanita bersepah.

PERKONGSIAN anggota kumpulan Jams Collection, Okonogi Ruka mengenai keadaan biliknya yang sangat tidak terurus telah mengejutkan peminat.

Menerusi foto yang dimuat naik di media sosial, Ruka memaparkan keadaan biliknya yang dipenuhi pakaian, beg serta pelbagai barangan lain sehingga lantai hampir tidak kelihatan akibat terlalu berselerak.

Susulan perkongsian tersebut, hantaran berkenaan menjadi tular sehingga mencatat lebih lima juta tontonan, dengan rata-rata netizen mencadangkan agar dia mendapatkan khidmat pembersihan profesional untuk membantu mengemas ruang kediamannya.

Keadaan bilik Ruka didakwa sentiasa bersepah.

Malah, ruangan komen turut dihujani pelbagai reaksi termasuk beberapa syarikat pembersihan yang menawarkan bantuan kepada penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, Ruka menjelaskan dia pernah menggunakan perkhidmatan pembersihan sebelum ini, malah kru berkenaan memberikan tambahan masa selama 30 minit secara percuma kerana bersimpati melihat keadaan biliknya.

Namun begitu, keadaan biliknya masih tidak banyak berubah dan kekal berselerak seperti sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat berbalah gara-gara Jungkook 'repost' hantaran penari cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen ambil tindakan undang-undang, dakwa Jisoo ‘songlap’ baju berjenama mewah

Dia turut berpendapat ruang biliknya terlalu kecil, selain sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke kediaman baharu bagi keselesaan yang lebih baik.

Hantaran tersebut mengudang pelbagai reaksi yang mendakwa dirinya sebagai pengotor dan tidak tahu menjaga kebersihan dirinya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ruka berkongsi keadaan biliknya yang tidak terurus, malah sebelum ini dia pernah mengakui terpaksa tidur di atas lantai kerana terlalu banyak barang di dalam biliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain