PENYANYI Rihanna didakwa cuba menutup spekulasi kononnya berlaku perselisihan faham antara dirinya dan kekasih, ASAP Rocky, ketika menghadiri acara Met Gala yang berlangsung pada Isnin lalu.Menerusi sebuah video yang dimuat di X, Rihanna atau lebih mesra disapa Riri dilihat tersenyum, berpegangan tangan serta menikmati malam glamor tersebut bersama kekasihnya itu. Situasi itu sekali gus menepis dakwaan bahawa hubungan mereka sedang dilanda masalah.Sebelum ini tular rakaman memperlihatkan Rihanna (kiri) dan ASAP bertikam lidah.Sebelum ini, TMZ melaporkan bahawa terdapat sumber yang sempat merakam perbualan serius antara Rihanna dan ASAP Rocky di dalam sebuah van ketika menuju ke acara di Metropolitan Museum of Art.Tidak hanya itu, beberapa rakaman lain turut menunjukkan pasangan itu kelihatan serius, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai kemungkinan wujud konflik antara mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Insiden tersalah ambil troli curi perhatian, tak sangka Rihanna pandai pilih sayur di pasar rayaARTIKEL BERKAITAN: Rihanna beri bayangan sudah sedia timang cahaya mata keempatPun begitu, sumber rapat dengan mereka tampil menjelaskan keadaan sebenar di mana Rihanna dan ASAP tidak bergaduh, cuma kepenatan selepas seharian membuat persiapan untuk acara MET Gala. Bagaimanapun, sumber rapat dengan pasangan itu tampil menjelaskan keadaan sebenar, menegaskan bahawa Rihanna dan ASAP Rocky tidak bergaduh.Sebaliknya, pasangan itu difahamkan hanya keletihan selepas seharian membuat persiapan untuk menghadiri acara berprestij tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!