suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rihanna beri bayangan sudah sedia timang cahaya mata keempat

Rihanna kini mempunyai tiga orang cahaya mata.

PENYANYI Rihanna sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila satu komen ringkas yang ditinggalkannya di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perkara itu bermula apabila seorang pempengaruh memuat naik video dengan menyatakan dirinya sedang mempertimbangkan sama ada mahu tampil 'panas' dan seksi atau hamil pada tahun 2026.

Tanpa diduga, Rihanna tampil meninggalkan komen di ruangan tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah bersedia untuk hamil sekali lagi.

Komen yang ditinggalkan Rihanna mengundang pelbagai spekulasi peminat.

“Tunggu! Jadi maksudnya saya bukan gila? Baiklah!” katanya. 

Susulan komen berkenaan, rata-rata peminat menganggap Rihanna sekadar bergurau, namun tidak kurang juga yang yakin tentang kenyataan mengenai perancangan masa depannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna kongsi foto dalam bilik bersalin, pakai rantai mutiara dan berkaca mata hitam sambut kelahiran anak

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna buat kejutan di Met Gala, umum hamil anak ketiga

"Rihanna memang suka menyakat. 

“Dia seperti memberi bayangan anak keempat bakal menyusul, tak sempat nak fikir soal tampil seksi, saya hormat keputusannya," tulis netizen.

Untuk rekod, Rihanna dan ASAP Rocky memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Rza Athelston Mayers, 4, dan Riot Rose Mayer, 2, dan Rocki Irish Mayers yang dilahirkan pada 13 September tahun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain