suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang pemandu perkhidmatan e-hailing, pelakon ditahan polis

Kiefer didakwa menyerang dan mengugut seorang pemandu perkhidmatan e-hailing.

PELAKON Hollywood Kiefer Sutherland ditahan polis Los Angeles selepas didakwa menyerang dan mengugut seorang pemandu perkhidmatan e-hailing.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku selepas Sutherland, 59, menaiki kenderaan pemandu berkenaan sebelum bertindak menyerang serta mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap mangsa. 

Bagaimanapun, pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca perkara tersebut berlaku juga masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa. 

Kiefer pernah dipenjarakan pada 2007.

Selepas beberapa jam ditahan dan dimasukkan ke lokap, Sutherland kemudiannya dibebaskan.

Dia diperintahkan hadir ke mahkamah pada 2 Februari bagi mendengar pertuduhan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pengarah ditahan polis, jadi suspek kes bunuh… Berlaku pertengkaran sebelum keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi curi perabot, pelakon wanita ditahan polis... Niat nak mula hidup baharu tidak kesampaian 

Untuk rekod, pelakon kelahiran London itu mempunyai beberapa rekod jenayah.

Antaranya, pernah dipenjarakan pada 2007 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain itu, dia juga pernah berdepan dengan dakwaan menyerang seorang pereka fesyen di sebuah kelab malam pada 2009 sehingga mangsa mengalami patah hidung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain