PELAKON asal Korea Selatan, Kim Hye Yoon, berkongsi pengalaman berdepan situasi apabila dia gagal dalam lebih 100 sesi uji bakat hanya disebabkan faktor ketinggian.Hye Yoon, 30, turut memberitahu bahawa dia sebelum ini terpaksa menipu bagi membolehkan dirinya mendapat peluang berlakon. “Ketinggian sebenar saya ialah 158 sentimeter, tetapi saya tulis 160 sentimeter. Akhirnya tetap diketahui, namun saya tetap menambah kira-kira dua sentimeter,” katanya.Tujuh tahun Hye Yoon berusaha keras sebelum namanya dikenali.Perkara itu dikongsikan Hye Yoon ketika muncul dalam rancangan You Quiz on the Block yang dikendalikan oleh pengacara Yoo Jae Suk pada Rabu.Hye Yoon mula menghadiri uji bakat secara serius seawal usia 17 tahun kerana minat yang mendalam untuk bergelar pelakon.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketinggian 9cm, Kim Hee Chul alami cacat kekal akibat kemalanganARTIKEL BERKAITAN: Jung Yong Hwa Dedah Ketinggian & Berat Badan SebenarDia juga sanggup pergi ke tiga lokasi dalam satu hari apabila mendapat tahu sesi uji bakat sedang dijalankan.Biarpun begitu, dia tidak pernah berputus asa walaupun sering diberitahu bahawa ketinggiannya terlalu rendah untuk sesuatu watak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube