PELAKON Ratu Sofya membuat pengakuan terbuka apabila terpaksa bekerja keras diusia muda demi menampung kehidupan keluarga.Menurut Sofya, 22, dia pernah mengambil tawaran berlakon watak yang tidak sesuai sehingga perlu menolak rasa malu beraksi di hadapan kamera. Tambahnya, segala kontrak kerja sebelum ini juga diuruskan oleh kedua ibu bapanya selain tidak pernah merasai wang hasil titik peluh sendiri.Sofya dakwa ibunya mengawal kewangan hasil titik peluh bekerja. “Saya terpaksa berlakon filem yang ada adegan tidak sesuai demi mendapatkan duit ratusan juta (rupiah) untuk keluarga.“Selama berlakon, saya tak pernah dapat duit. Individu yang menandatangani kontrak adalah ibu bapa saya,” luahnya.Mendakwa dirinya sebagai tulang belakang keluarga, Sofya juga mendedahkan dia perlu menanggung kos perubatan bapa saudara sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih gelar Ari Lasso ‘samseng pasar’, serang wanita di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lama diungkit kembali, pelakon perjelas dakwaan pukul bekas kekasihTambahnya, dia terpaksa melakukan kerja sampingan untuk mendapatkan wang bagi perbelanjaan peribadi.“Saya yang menanggung persekolahan adik-adik, termasuk menampung kos perubatan bapa saudara. Apa yang saya buat hanya untuk membiayai hidup orang lain.“Sampai satu tahap, saya perlu buat video reviu supaya dapat wang dan ia digunakan untuk perbelanjaan sendiri,” luahnya.Hubungan Sofya dan Sunny tidak direstui keluarga. Perkongsian tersebut dibuat selepas ibunya Intan Masthura berkongsi kisah mendakwa anaknya itu kini sudah berubah kerana dipengaruhi oleh kekasih.Kemelut keluarga Sofya mula berlaku sejak dia bercinta dengan pelakon Cornelio Sunny yang mana hubungan itu tidak direstui ibunya.Sofya juga berpindah keluar dari rumah keluarganya sejak 2024 dan memulakan hidup berdikari.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube