suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza dedah keadaan terkini selepas terjatuh, lebam wajah masih belum hilang

Siti berkongsi kesan lebam pada wajah (kiri) sehari sebelum menjelang konsert.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan kecederaan pada bahagian wajahnya akibat insiden terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara semakin pulih dan tidak mempunyai sebarang komplikasi serius.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, bagaimanapun memberitahu kesan lebam pada wajahnya masih memerlukan masa untuk benar-benar pulih berikutan keadaan kulitnya yang sensitif.

"Alhamdulillah muka saya dah makin beransur pulih, lebam sikit lagi nak hilang sebab kulit saya ini jenis sensitif. Kalau lebam biru itu ambil masa lama nak hilang.

Siti sebelum ini berkongsi punca kesan lebam pada wajahnya ketika Konsert Gema Bumantara. 

"Tinggal lagi saya ada rasa tisu muka saya agak keras. Mungkin impak daripada hentakan yang kuat masa terjatuh. Untuk pemulihan, saya kena urut.

"Selepas saya jatuh, saya terus pergi hospital untuk buat CT scan. Alhamdulillah tak ada apa-apa retak atau pendarahan dalaman. Cuma doktor ada beritahu memang ambil masa untuk hilang lebam dan tisu dekat muka saya memang luka," katanya kepada mStar ketika Majlis Tahlil Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu. 

Dalam masa sama, Siti turut meluahkan rasa syukur kerana wajahnya tidak tersembam sepenuhnya ke hadapan yang mendatangkan risiko kecederaan lebih parah.

ARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujan 

ARTIKEL BERKAITAN: PM puji Siti Nurhaliza, bangga konsert tradisional angkat seni warisan

"Alhamdulillah, saya boleh lagi menyanyi dan menyelesaikan konsert saya. Saya rasa syukur pada Allah. Ini pertama kali saya jatuh untuk konsert.

"Tapi Alhamdulillah Allah masih melindungi sayalah. Itu saja saya bersyukur sebab saya tak jatuh depan. Kalau jatuh depan, gigi saya patah, bibir pecah dan semua kan, lagi ambil masa untuk pulih.

"Bagi saya, jatuh pun Alhamdulillah, Allah lindungi lagi, dan Alhamdulillah konsert ini berjalan dengan begitu jayanya," ujarnya.

Siti memberi persembahan bertenaga sepanjang Konsert Gema Bumantara. 

Sebelum ini, Siti berkongsi sekeping foto di Instastory memaparkan bahagian lebam di mukanya. 

Kecederaan itu berlaku disebabkan dia terjatuh semasa sesi raptai konsert berkenaan.

Menerusi rakaman video, Siti dilihat melakukan aksi melompat menggunakan props kain panjang, sebelum kakinya tersadung lalu dia jatuh tersembam ke lantai.

Impak kemalangan tersebut mengakibatkan penyanyi kesayangan ramai ini mengalami kecederaan ringan dengan luka kecil pada bahagian tepi dan bawah mata serta kesan lebam di pipi kanannya.

 

Artikel Lain