suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM puji Siti Nurhaliza, bangga konsert tradisional angkat seni warisan

Anwar bangga penganjuran konsert tradisiona Siti. - FOTO: Instagram Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tetamu istimewa yang hadir menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara pada malam Sabtu di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sempat meluangkan masa pada konsert berkenaan, Anwar juga dilihat sanggup duduk dalam keadaan cuaca hujan bagi menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Baginya, penganjuran konsert sebegitu berjaya mengangkat nilai warisan bangsa untuk terus dinikmati generasi muda.

Anwar duduk berhujan menyaksikan persembahan Siti. 

"Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni nusantara.

"Walaupun hujan turun, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Siti, hebat juga semangat peminatnya.

"Saya sentiasa percaya seni dan budaya dekat di hati rakyat, justeru warisan ini mesti terus dihidupkan agar turut dinikmati dan dicintai generasi muda," tulis beliau dalam satu hantaran di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris sebak berduet Siti, kali terakhir berkongsi pentas di SUKOM 98 

ARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujan

Anwar hadir pada konsert berkenaan dan dilihat duduk bersebelahan suami Siti, iaitu Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, sambil kedua-duanya memakai baju hujan.

Sementara itu, membalas hantaran berkenaan, Siti turut mengucapkan penghargaan buat Perdana Menteri atas sokongan yang ditunjukkan terhadap industri seni tempatan.

"Konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi ingin mengajak semua menghayati indahnya budaya dan jati diri kita terhadap seni budaya Melayu, Cina dan India serta senusantara.

Siti mahu terus perjuangkan irama tradisional. 

"Irama tradisional kita begitu indah, tidak kalah dengan irama moden yang menjadi ikutan semasa. Berbanggalah kita masih mampu mengekalkan seni budaya dan terus kekal walaupun pelbagai muzik muncul mengambil tempat di hati peminat seni.

"Sokongan pihak kerajaan amatlah saya hargai untuk menjadikan industri seni kreatif negara diangkat hingga ke peringkat tertinggi. Irama tradisional dimainkan di setiap corong radio kerajaan atau swasta, pasti terus kekal dan malar segar," ujarnya.

 

Artikel Lain