KEMBALI berkongsi pentas bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas 28 tahun, penyanyi Noraniza Idris menyifatkan persembahan duet mereka di Konsert Tradisional Gema Bumantara sebagai kenangan manis dalam perjalanan kerjayanya.Menulis penghargaan selepas tamat konsert pada malam Sabtu, Noraniza turut mengenang semula kali terakhir mereka membuat persembahan bersama sempena penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. "Rozi (pengurus Siti Nurhaliza) dan Siti, terima kasih kerana masih mengingati saya. Jemputan ini sangat besar maknanya.Perkongsian Noraniza di Threads selepas konsert. "Diberi peluang untuk berdiri bersama dan menjadi sebahagian daripada keluarga Gema Bumantara ialah kenangan yang akan saya simpan sampai bila-bila."Selepas Sukom 98, malam tadi menjadi antara detik paling indah dalam lipatan sejarah perjalanan seni saya. Tahniah kerana mengangkat muzik tradisional kita dengan begitu megah," katanya dalam satu hantaran di Threads.Noraniza tampil membuat persembahan duet bersama Siti menerusi lagu yang cukup ikonik buat mereka berdua, iaitu Hati Kama.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sendiri tak percaya“ - Zarif Ghazzi terharu diundang kayuh beca di konsert Siti ARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujanMereka turut mengimbau kenangan menyampaikan lagu Dondang Dendang yang pernah dinyanyikan bersama di Stadium Nasional Bukit Jalil juga pada 1998.Mendapat sokongan peminat, Noraniza juga menganggapnya sebagai pembakar semangat selepas beberapa hari menjalani sesi latihan bagi konsert berkenaan."Selepas beberapa hari melalui latihan demi latihan, Alhamdulillah, Allah pinjamkan kekuatan untuk saya menyempurnakan amanah ini. Saat berdiri di hadapan anda semua, segala penat terasa begitu berbaloi," ujarnya.Noraniza dan Siti kembali berduet selepas 26 tahun. Konsert Tradisional Gema Bumantara berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu, menyaksikan kehadiran kira-kira 70,000 penonton.Selain Siti dan Noraniza, konsert tersebut turut menampilkan penyanyi lain seperti Haziq Rosebi, Lesti Kejora dan King Nassar.