suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya sendiri tak percaya“ - Zarif Ghazzi terharu diundang kayuh beca di konsert Siti

Zarif kayuh beca dengan penuh bertenaga. - Kredit foto Dafiyhanif

KEMUNCULAN pelakon Zarif Ghazzi yang mengayuh beca pada Konsert Tradisional Gema Bumantara mencuri perhatian penonton yang hadir sekali gus menggamatkan suasana pada malam Sabtu itu.

Zarif, 22, mengakui terkejut dan terharu apabila diberi peluang menjayakan segmen istimewa dalam lagu Kurik Kundi bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Zarif, tawaran itu hadir di luar jangkaannya, apatah lagi segala persiapan perlu dilakukan dalam tempoh yang cukup singkat.

Kemunculan Zarif raih sorokkan penonton.

“Sejujurnya, saya memang terkejut apabila menerima berita ini. Dalam masa yang sama, saya sangat terharu dan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada persembahan yang cukup istimewa ini.

“Bayangkan, hari Rabu saya dihubungi oleh pengurus, hari Khamis semuanya disahkan, hari Jumaat sudah mula menjalani latihan dan hari Sabtu terus ke konsert. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sampai saya sendiri macam tak percaya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menerusi segmen berkenaan, Zarif dilihat mengayuh beca mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ketika Siti beramah mesra dengan peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi elak jadi ‘hamba’ fesyen, pegang pesanan ibu bapa jaga aurat... “Pakai rantai itu dosa berterusan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi Abbas

Zarif tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna jingga sambil mengayuh beca merah yang dihiasi bunga, sekali gus menambahkan kemeriahan persembahan tersebut.

Bagi Zarif, peluang itu bukan sekadar pengalaman baharu, malah satu penghormatan besar kerana dapat terlibat dalam persembahan bersama figura seni yang cukup disegani dalam industri hiburan tanah air.

Zarif anggap pengalaman baharu buat dirinya.

Katanya, pengalaman itu juga menjadi ruang untuknya terus belajar, mencabar kemampuan diri serta menimba ilmu dalam suasana yang berbeza daripada kebiasaan.

“Saya anggap ini satu rezeki dan pengalaman yang sangat bermakna. Bila orang memberikan kepercayaan kepada kita, sudah tentu kita mahu berikan yang terbaik.

“Saya harap penonton dapat menikmati segmen ini dan sama-sama terhibur dengan apa yang bakal dipersembahkan malam ini,” tambahnya.

Artikel Lain

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan