suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi Abbas

Zarif mahu penonton percaya dengan watak Abbas (kiri).

MEMBERIKAN komitmen penuh terhadap kerjayanya, pelakon Zarif Ghazzi sanggup menurunkan berat badan lebih 20 kilogram demi menjayakan watak Abbas dalam karya terbaharu berjudul Kudrat 1968.

Bagi Zarif, 22, setiap watak merupakan satu tanggungjawab dan dia perlu memastikan penonton dapat merasai karakter yang ingin disampaikan agar jalan cerita menjadi lebih menarik.

"Saya tak mahu orang nampak Zarif Ghazzi dalam watak ini. Berat badan saya turun daripada 90 kg kepada 69 kg dalam masa tiga bulan sebelum penggambaran. Saya makan hanya sekali sehari dan berjoging sejauh 15 kilometer.

Zarif beri komitmen penuh dalam setiap tawaran kerja. 

"Saya tak suka kalau penonton tegur muka saya dalam karya ini tak nampak seperti pelajar sekolah. Jadi saya turunkan berat badan dan gelapkan kulit sebab watak Abbas ini juga merupakan seorang budak kampung.

"Setiap rezeki datang dengan tanggungjawab dan ramai yang mahukan watak Abbas ini," katanya kepada mStar.

Zarif ditemui ketika majlis memperkenalkan barisan pelakon Kudrat 1968 yang berlangsung di Robert Theater @ The Campus, Ampang, Selangor pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zarif Ghazzi cedera ditumbuk ketika penggambaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi tidak berkira dengan keluarga... "Untuk mereka duit saya unlimited"

Berkongsi lanjut, Zarif mengakui bukan mudah untuk membawa watak remaja belasan tahun seperti yang digambarkan dalam karya berkenaan.

"Sejak awal kerjaya, saya sudah diberikan pelbagai watak lelaki dewasa berusia 20-an hingga 30-an. Sepanjang tempoh tiga tahun ini, saya banyak membiasakan diri dengan watak lelaki dewasa.

"Salah satu cabarannya adalah untuk mendapatkan kembali 'roh' budak sekolah. Saya kena ingat kembali zaman saya bersekolah dahulu. Syukur rakan-rakan pelakon dan pasukan produksi sangat membantu," jelasnya.

Barisan pelakon Kudrat 1968. Dari kiri: Chech, Dai, Mierul, Zarif, Evertts dan Akmal. 

Dalam masa sama, Zarif turut meluahkan rasa teruja selepas hampir setahun menyimpan rahsia mengenai penglibatannya dalam karya arahan Zulaikha Zakaria itu.

Selain Zarif, pelakon lain yang turut membintangi Kudrat 1968 ialah Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith.

Istimewanya, syarikat penerbitan Astro Shaw memperkenalkan pendekatan baharu apabila empat episod drama ditayangkan terlebih dahulu sebelum Kudrat 1968 menemui penonton di pawagam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain