PELAKON dan usahawan, Syida Melvin mendedahkan dia sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Mohamad Syafiq Azim sejak Mac lalu.Menurut Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, dia bersama tiga anak mereka kini menetap di kampung, manakala suaminya masih tinggal bersendirian di rumah kelamin yang didakwa didaftarkan atas namanya. “Kami sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak raya Aidilfitri lalu, kiranya sudah lima bulan. “Saya dan anak-anak kini tinggal di kampung dan dia (suami) duduk di rumah kelamin, rumah yang di atas nama saya. Dia tinggal berseorangan di sana,” katanya kepada mStar.Syida dan tiga anaknya terpaksa berpindah ke kampung di Pulau Pinang.Dalam pada itu, Syida memberitahu keputusan untuk keluar dari rumah itu dibuat demi menjaga kesejahteraan emosi. Namun, sehingga kini dia mendakwa suaminya masih enggan memberi ruang untuk dia dan anak-anak kembali menetap di kediaman berkenaan.“Bila saya failkan perceraian, ada beberapa isu yang saya rasa kalau masih tinggal bersama akan menyebabkan saya mengalami tekanan emosi yang melampau.“Disebabkan itu saya mengambil langkah untuk keluar dari rumah tersebut. Namun apabila sudah lama sangat dan sekarang pun dah masuk bulan Ogos, dia masih lagi tidak mahu beralah untuk beri ruang anak-anak tinggal di situ dengan saya.“Jadi saya terpaksa keluar daripada rumah dan ada beberapa isu terjadi yang masih belum selesai sampai sekarang,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin tidak suci, tangguh lafaz cerai 12 Ogos ini ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin fail cerai terhadap suamiSementara itu, Syida menjelaskan keadaan yang dilalui bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah turut menjejaskan kehidupan serta persekolahan anak-anak mereka.“Sepatutnya saya dan anak-anak duduk di situ sebab mereka bersekolah. Bila jadi begini, saya terpaksa pulang ke kampung sebab tak ada tempat tinggal dan anak-anak pun terpaksa pindah sekolah.“Saya ada memohon pindahkan sekolah mereka di Pulau Pinang, tapi tidak diterima memandangkan sudah hampir hujung tahun. Jadi kasihanlah dekat anak-anak sebab tiba-tiba tak dapat nak pergi sekolah.“Saya harap selepas selesai jatuh talak, pihak sana (suami) dapat fikirlah sikit supaya anak-anak boleh duduk rumah macam biasa balik dan juga bersekolah di Shah Alam seperti biasa,” katanya.Prosiding lafaz cerai pasangan ini ditangguhkan ke 12 Ogos berikutan Syida dalam keadaan tidak suci.Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan prosiding lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Untuk rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. Untuk info, Syafiq merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!