suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dunia hiburan berduka ‘Cik Man‘ sudah tiada, rakan artis kongsi kenangan... Kamarool Yusoff disenangi ramai

Cik Man seorang pelakon yang disenangi ramai.

PEMERGIAN pelakon Kamarool Yusoff memberi kesan yang cukup mendalam buat peminat, termasuk rakan artis yang turut meluahkan rasa sedih selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia pada petang Rabu.

Aktres Erra Fazira antara selebriti yang berkongsi rasa duka dan mengakui terkejut mendengar perkhabaran Kamarool atau mesra disapa Cik Man telah meninggal dunia.

"Terkejut dan turut bersedih dengan kehilangan ayahanda Cik Man. Baru beraksi bersama beliau beberapa bulan lalu," kongsinya dalam satu hantaran di Instagram.

Erra berkongsi kenangan menjalani penggambaran bersama Cik Man. 

Sementara itu, pelawak dan penyampai Suria FM, Ajak, dalam satu hantaran di media sosial menyifatkan Allahyarham sebagai seorang individu yang sangat menyenangkan.

Bukan sekadar rapat sebagai rakan kerja, malah Cik Man turut memberi layanan baik kepada anak-anaknya.

"Baik orangnya, senang berkawan dan sentiasa menggembirakan. Dengan Had (anak) pun dia jadikan kawan. Sebak betul rasa hati," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung 

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff ditidurkan akibat saluran jantung tersumbat

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran bersama, penyanyi Sharul Kamal memberitahu Allahyarham juga sering memberi nasihat kepadanya.

"Terima kasih Cik Man atas nasihat yang pernah diberikan. Dalam seloroh ada isi, dalam isi ada erti. Itulah Cik Man.

"Terima kasih atas segala nasihat yang sering diberikan buat aku yang seperti anak beliau di set. Sentiasa menjadi penyeri," ujarnya.

Antara perkongsian rakan artis yang senang dengan peribadi Cik Man. 

Penyanyi Hazama juga antara rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Cik Man dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang 'hero yang tak didendang', selain dianggap legenda sepanjang zaman.

Allahyarham Kamarool Yusoff menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun di Hospital Tanah Merah, Kelantan sekitar pukul 5.30 petang Rabu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain