suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamarool Yusoff ditidurkan akibat saluran jantung tersumbat

Keadaan Cik Man dilaporkan kurang baik.

PELAKON veteran Kamarool Yusoff dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, Kelantan akibat saluran jantung tersumbat.

Perkara itu dikongsi rakan artisnya, Amir Raja Lawak yang memaklumkan Kamarool atau mesra disapa Cik Man kini sedang ditidurkan.

"Anaknya memaklumkan Cik Man dimasukkan ke hospital semalam (Selasa). Masih dalam pemantauan doktor untuk prosedur lanjut.

Amir (kiri) berkongsi keadaan terkini Cik Man. 

"Mungkin dia akan menjalani pembedahan bagi pemasangan stent," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Amir sebelum itu turut berkongsi perkara sama menerusi hantaran di Facebook miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih suka duduk Kelantan, Kamarool Yusoff masih larat memandu jauh... Banyak tolak tawaran lakonan 

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff tak galak anak masuk industri hiburan, ilmu kena tinggi sebelum jadi artis

Katanya, dia masih belum dapat melawat Cik Man untuk melihat sendiri perkembangan pelakon berkenaan.

"Semoga Allah permudahkan urusan Cik Man dan semoga dia segera sembuh. Buat masa sekarang, pelawat masih tidak dibenarkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain