suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sengaja tak nak bayar kan?“ - Pemilik rumah sewa serang balas Rahim Omar, doakan menang KES2026 boleh bayar hutang

Pemilik rumah sewa tampil beri respons terhadap kenyataan Rahim Omar.

SEORANG wanita dipercayai pemilik rumah sewa yang pernah didiami pelakon Rahim Omar tampil memberi respons terhadap kenyataan aktor berkenaan.

Walaupun tidak menyebut nama, pengguna Threads yang dikenali sebagai @Nadzirahata mendakwa pihaknya sudah cuba bertolak-ansur dengan pelakon tersebut berhubung isu bayaran sewa tertunggak.

Menurutnya, pihak Rahim sebelum ini turut berjanji untuk membuat bayaran secara beransur-ansur namun mendakwa sehingga kini tiada pembayaran yang diterima.

Kenyataan yang dibuat seorang wanita dipercayai pemilik rumah sewa yang pernah didiami Rahim.

“Jadi memang sengaja tak nak bayar, kan? Kita sudah habis berlembut, dikata sombong pula.

“Sampai mengemis minta duit sewa, dengan janji nak bayar sikit-sikit tetapi sampai sekarang tidak ada langsung bayaran,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menitipkan doa buat Rahim yang bakal menyertai Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) sekali gus berharap wang kemenangan yang diperolehi boleh melunaskan hutangnya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tuan rumah sombong punca Rahim Omar sengaja tangguh dua tahun tak bayar sewa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah lari, nafi tinggalkan rumah keadaan rosak… Rahim Omar alami kesempitan untuk cari RM300 sebulan

“Putarlah lagi selagi boleh, ya pakcik! Good luck dalam pertandingan itu nanti. Harap dah menang nanti boleh selesaikan semua hutang,” kongsinya.

Dalam hantaran berasingan, wanita berkenaan turut berkongsi semula kenyataan Rahim, 66, kepada media tentang keengganannya melunaskan tunggakan sewa rumahnya.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik akaun tersebut tidak berjaya apabila dia tidak memberikan sebarang respons.

Kenyataan yang pernah dibuat oleh pemilik rumah sewa tersebut.

Sebelum ini, Rahim dalam satu kenyataan bersama media memaklumkan dia sengaja menangguhkan bayaran berkenaan selepas mendakwa pemilik rumah tersebut memalukannya di media sosial pada Mac lalu.

Ia ekoran pemilik rumah berkenaan memuat naik tangkap layar perbualan bersama Rahim dan mendakwa pelakon itu gagal membayar sewa rumah sebanyak RM7,000 selama dua tahun.

Malah ketika dihubungi mStar, Rahim tidak menafikan perkara tersebut, namun menjelaskan keadaan kewangan yang tidak menentu menjadi punca dia gagal melunaskan bayaran sewa berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain