ENAM bulan sudah berlalu, namun pelakon Rahim Omar masih belum melunaskan tunggakan sewa rumah sebanyak RM7,000 yang pernah dibangkitkan pemilik kediamannya sebelum ini.Rahim, 66, berkata dia sengaja menangguhkan bayaran berkenaan selepas mendakwa pemilik rumah tersebut memalukannya di media sosial pada Mac lalu. “Saya sengaja tak nak bayar. Saya nak bayar sikit-sikit. Saya pergi jumpa dia, tetapi dia sombong.Rahim perlu masa untuk selesaikan hutangnya.“Saya datang dari jauh-jauh untuk berjumpa dan menunggu dia, tetapi cara dia bercakap itu agak sombong.“Saya kata, ‘Eh, aku datang cari kau. Sepatutnya kaucakap elok-elok. Aku datang dengan niat nak selesaikan perkara ini.“Dia juga sentiasa menghubungi saya ketika saya sedang menjalani penggambaran tetapi saya tak layan kerana saya tak ada jawapan. Saya tunggu bila dah ada (jawapan), saya akan cari dia,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah lari, nafi tinggalkan rumah keadaan rosak… Rahim Omar alami kesempitan untuk cari RM300 sebulanARTIKEL BERKAITAN: Rahim Omar nafi duduk PPR, terharu rakan artis hubungi nak bantu... Mengaku hidup susah sebab kena tipu RM500,000Menurut Rahim, dia masih berusaha melunaskan hutang berkenaan, namun keadaan ekonominya masih belum benar-benar stabil.“Sekarang ini saya baru nak stabilkan semula ekonomi saya sebab saya mengalami kerugian yang agak besar sehingga mencecah RM500,000, tetapi saya tak bercerita kepada orang.“Saya yakin isu ini boleh diselesaikan, cuma orang itu tak sabar. Dia tak faham keadaan kita. Bagi saya, Allah nak uji.RAHIM OMARPELAKON“Kita bukan suka-suka sebab saya pun sebelum ini tak pernah sesusah itu.“Tapi saya yakin, dengan rezeki tahun ini, insya-Allah saya akan jumpa dia dan selesaikan. Saya tidak lari,” ujarnya.Dalam pada itu, Rahim berkata dia tidak menyimpan rasa kecewa dengan apa yang berlaku sebaliknya menganggap perkara tersebut sebagai ujian daripada Allah SWT.Hantaran yang dibuat oleh pemilik rumah sewa.“Tak kecewa, saya terima. Demi Allah, tak kecewa. Saya cakap dengan isteri dan anak supaya bersabar, ini ujian. Bagi saya, Allah nak uji.“Ketika dah berumur macam ini, saya perlu hadap. Ini semua aturan Allah. Kita terima, insya-Allah,” kongsinya.Pada Mac lalu, seorang pengguna Threads memuat naik tangkap layar perbualan bersama Rahim dan mendakwa pelakon itu gagal membayar sewa rumah selama dua tahun.Ketika dihubungi mStar, Rahim tidak menafikan perkara tersebut, namun menjelaskan keadaan kewangan yang tidak menentu menjadi punca dia gagal melunaskan bayaran sewa berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!