KISAH kesempitan hidup pelakon veteran Rahim Omar terus menjadi perhatian apabila timbul dakwaan kononnya dia kini menetap di Program Perumahan Rakyat (PPR) susulan gagal melunaskan bayaran sewa rumah.Tampil menjawab mengenai perkara itu, Rahim, 66, menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu dia kini menetap bersama anak-anaknya. "Tak, saya tak duduk PPR. Saya pernah mohon dulu, tapi tak dapat. Pihak sana beri keutamaan kepada yang lebih memerlukan. Rahim kini menetap bersama anak-anak."Saya masih sihat dan boleh bekerja. Jadi bagi peluang kepada orang lain," katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Rahim, sejak kisahnya tular terdapat beberapa rakan artis yang sudi menghulurkan bantuan namun terpaksa menolak secara baik.Jelasnya, dia lebih terbuka untuk menerima tawaran pekerjaan sebagai bantuan berbanding kewangan."Setakat ini ada tiga artis yang bertanya khabar dan ingin membantu. Saya sangat hargai tapi masih ada makan. Saya tak nak ambil kesempatan dan anak pun masih terima bantuan zakat.ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah lari, nafi tinggalkan rumah keadaan rosak… Rahim Omar alami kesempitan untuk cari RM300 sebulanARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa pelakon veteran gagal bayar sewa selama dua tahun…”Dia ingat ini rumah kebajikan kot”"Saya okay lagi, bukan jenis ambil kesempatan. Kalau ada orang betul-betul nak bantu saya terima tapi kalau boleh saya nak kerja kerana itu kepakaran saya," luahnya.Berkongsi lebih lanjut, Rahim memberitahu selama ini dia berjuang hidup dengan pendapatan tidak menentu dan kadang kala melakukan review makanan.“Kadang sebulan ada satu job dapat RM1,500. Kadang ada review produk dapat RM1,000. Alhamdulillah, cukup-cukup untuk bertahan selama ini,” kongsinya. Kesemua simpanan saya habis ke situ.RAHIM OMARPELAKONSementara itu, Rahim memberitahu dia mengalami kesukaran hidup sejak 2022 selepas menjadi mangsa penipuan sehingga mengalami kerugian mencecah RM500,000.Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, dia bagaimanapun menganggap setiap yang terjadi itu adalah ujian daripada Allah. "Saya hidup susah selepas kena scam dua tahun lalu hingga alami kerugian RM500,000. Kesemua simpanan saya habis ke situ. Saya ada gambar serta bukti orang yang scam saya ini.Rahim akui dirinya seorang rajin berkerja."Nak ambil peguam saya tak mampu. Selama ini saya kuat berkerja, tapi bila Allah nak uji kita pun tak tahu. Umur saya dah 66 tahun, tiba-tiba diuji begini. Tapi saya terima," luahnya.Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik tangkap layar perbualan bersama Rahim dan mendakwa aktor itu gagal membayar sewa selama dua tahun.Malah ketika dihubungi mStar, Rahim tidak menafikan perkara tersebut namun mengakui keadaan kewangan tidak menentu menjadi punca gagal membayar sewa berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube