PELAKON dan pengacara Janna Nick mendedahkan dia pernah berdepan situasi mencurigakan melibatkan seorang rakan selebriti yang dikatakan terlibat dalam penipuan kewangan. Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata hubungan mereka sebelum ini pernah rapat, namun menjadi renggang selepas pelakon wanita itu menghilangkan diri. "Saya ada cerita fasal rakan artis yang scam tu. Kami pernah rapat tapi dia menghilangkan (diri) secara tiba-tiba. "Selepas beberapa tahun, dia pernah WhatsApp sebab nak pinjam duit, namun lepas dapat mesej itu, tidak sampai beberapa saat saya terus hubungi dia sebab rindu," katanya melalui satu hantaran di Threads miliknya pada Selasa. Perkongsian Janna mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, situasi teruja tersebut bertukar pelik apabila panggilan tersebut bukan diangkat oleh aktres berkenaan. "Tiba-tiba suami dia yang angkat panggilan. Tak ke terkejut? kita mesej kawan kita, tapi suami pula yang angkat dan cakap kawan kita berada di klinik."Habis itu, siapa yang mesej (minta pinjam duit) saya tadi? Saya cuma harap ada orang boleh selamatkan dia sebab saya tak rasa nombor itu dia yang pegang," ujarnya. Dalam ruangan komen, Janna turut meminta agar pihak berkuasa dapat menjejak wanita berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Nama Azar Azmi kena petik, didakwa scam RM300,000… Ramai mangsa tengah cariARTIKEL BERKAITAN: Kejam sungguh netizen, teruk Janna Nick kena hentam… Tergamak sentuh soal cahaya mata"Semoga pihak berkuasa pun dapatlah cari dekat mana dia berada sekarang sebab takut dia tak berdaya nak selamatkan diri sendiri," ujarnya. Sebelum ini kecoh di halaman Threads apabil seorang individu tampil mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang selebriti wanita dan suami sebanyak RM300,000. Dia turut memuat naik bukti tangkap layar kad pengenalan milik selebriti wanita itu dan suaminya selain memohon bantuan ramai untuk menjejak pasangan berkenaan. Janna juga meminta supaya pihak berkuasa dapat bertindak segera. Menerusi gambar berkenaan tertera nama dipercayai pelakon Azar Azmi yang sudah lama tidak muncul dalam industri seni. Pada perkongsian lain, individu itu turut mendakwa pasangan suami isteri itu sedang melarikan diri dan tidak berada di satu tempat yang sama.Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak terlibat berhubung dakwaan berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube