suria

Nama Azar Azmi kena petik, didakwa scam RM300,000… Ramai mangsa tengah cari

Nama Azar dikaitkan dengan isu scammer.

SEORANG individu menerusi platform Threads tampil mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang selebriti wanita dan suami sebanyak RM300,000. 

Wanita yang dikenali sebagai Kak Beyna Official itu berkata bukan sahaja dirinya tetapi ramai mangsa turut terkena perkara yang sama. 

Beyna juga menjelaskan pihaknya sudahpun membuat laporan polis terhadap aktres yang sudah lama menghilangkan diri dari dunia seni. 

Antara dakwaan yang dimuat naik di Threads.

"Kepada pelakon wanita drama ini dengan suami dia yang menipu ramai duit orang. Termasuk saya kena tipu RM300,000 dan ada kena tipu sampai berjuta-juta.

"Korang jangan nak lari-lari sangat sebab dah ramai buat laporan polis fasal korang. Patutlah dah lama tak berlakon kerja menipu duit orang. Suami isteri sama sahaja. 

"Baru nak sabar bulan puasa ini tapi bila dapat tahu diorang ini kaki scammer aniaya orang memang tak boleh tahan dah manusia perangai macam ini," dakwanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Azar Azmi kekal misteri, mesej Hafreez Adam pun tak berbalas sejak November 2022

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada yang rindu ke?”- Azar Azmi muncul selepas 2 tahun hilang, netizen puji tetap cantik

Beyna mendedahkan perkara tersebut melalui hantaran di Threads miliknya pada Sabtu. 

Dia turut memuat naik bukti tangkap layar kad pengenalan milik selebriti wanita itu dan suaminya selain memohon bantuan ramai untuk menjejak pasangan berkenaan. 

Menerusi gambar berkenaan tertera nama dipercayai pelakon Azar Azmi yang sudah lama tidak muncul dalam industri seni. 

Azar sudah lama menghilangkan diri dalam industri hiburan.

Pada perkongsian lain, Beyna turut mendakwa pasangan suami isteri itu sedang melarikan diri dan tidak berada di satu tempat yang sama. 

"Dapat info diorang tengah lari merata, tidak duduk satu tempat sebab polis tengah cari diorang ini. Siapa ada maklumat ternampak dua ekor ini tolong beritahu ambil gambar. 

"Mangsa-mangsa yang kena scam semua tengah cari laki bini ini selain polis pun tengah cari," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

Artikel Lain