PELAKON Janna Nick terus menjadi sasaran netizen yang meluahkan rasa benci susulan kontroversi melibatkan dirinya dengan aktres Puteri Balqis.Bukan sekadar menyentuh isu yang sedang berlaku, malah ada juga yang mengeluarkan kata-kata buruk terhadap pelakon itu. Lebih teruk lagi apabila terdapat komen yang menyentuh perkara sensitif, termasuk memanggilnya mandul kerana belum dikurniakan cahaya mata. Antara kecaman diterima Janna.“Okay mandul. Harap awak tak dendam dengan saya.”“Play victim mandul ini.”“Dah tahu kenapa Allah tak bagi dia anak sekarang? Cuba perbaiki cermin diri. Kadang-kadang Allah tak bagi bersebab,” tulis netizen.Selain itu, satu video mukbang yang dikongsi oleh Janna turut menjadi sasaran kritikan.ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick mohon maaf kepada Puteri Balqis, sedia jumpa untuk leraikan sengketa… “Saya tak benci awak dan tak backup pembuli”ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau saya maki akak hari ini 20 kali, boleh lepaskan saya tak?” - Puteri Balqis tempelak Janna NickDalam video tersebut, terdapat segelintir netizen yang mengejek penampilannya selain mempersendakan bentuk fizikalnya secara terbuka.“Tu jari ke, Janna? Gemuknya.”“Maaf, pertama kali pandang saya ingat awak makan guna kaki.”“Jari ke senduk?” ujar netizen lain.Namun begitu, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang menegaskan bahawa tindakan sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan setiap individu harus dihormati tanpa mengira keadaan.Netizen turut mengecam fizikal Janna.Sebelum ini, Janna secara terbuka tampil memohon maaf kepada aktres Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish susulan kekecohan dan salah faham yang berlaku antara mereka.Kenyataan tersebut dibuat oleh Janna selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada Puteri Balqis.Janna turut memberitahu dia masih menunggu respons Puteri Balqis selepas mengajak aktres itu bersemuka secara atas talian.Pelakon itu juga memohon maaf atas kekeliruan berhubung hantaran yang pernah dibuat di laman Threads.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube