suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecil-kecil dah melampau! Cikgu ketakutan diganggu murid Tahun Dua... Pura-pura sentuh dada, intai bawah baju

Hubungan guru dan murid sepatutnya berasaskan rasa hormat untuk tujuan menuntut ilmu. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru yang berperwatakan baik dan peramah akan sentiasa disenangi dalam kalangan pelajar di sekolah.

Bahkan, sikap sedemikian secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar, sekali gus membantu daripada segi pencapaian akademik.

Namun, ada kalanya situasi itu boleh disalah erti oleh pelajar sehingga melampaui batas pergaulan khususnya berlainan jantina.

Guru berpewatakan mesra cukup disenangi dalam kalangan murid. -Gambar hiasan AI

Dilema tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang guru wanita kerana mengakui kurang selesa dengan tindakan salah seorang muridnya yang terlampau mesra sehingga menceroboh ruang peribadinya.

Meskipun sekadar mengajar murid Tahun Dua, dia berdepan ujian itu apabila sering didekati seorang pelajar lelaki di sekolah.

"Awal-awal dulu dia selalu datang dekat-dekat sampai menempel kat bahu saya. Saya sangkakan budak ni manja, tapi rupanya bukan perangai dia sebab dia anak cikgu kat sekolah tu.

"Lama-kelamaan, saya perasan pandangan dia mula tertumpu ke arah dada walaupun saya pakai tudung labuh. Kadang-kadang dia siapkan kerja sekolah awal semata-mata nak datang ke meja saya.

"Selepas kejadian dia 'tersentuh' bahagian dada, saya terus terang-terang marahi sesiapa sahaja yang cuba menempel dekat saya, dan sejak tu dia dah tak berani buat lagi," katanya.

  • Seorang guru meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan seorang murid lelaki Tahun Dua yang didakwa terlalu mesra sehingga melampaui batas pergaulan.
  • Pada awalnya, guru itu menganggap murid berkenaan sekadar manja kerana sering mendekatinya.
  • Namun, dia mula berasa tidak selesa apabila mendapati murid tersebut sering memandang bahagian dadanya walaupun bertudung labuh.
  • Murid itu juga didakwa sengaja menyiapkan tugasan lebih awal supaya dapat mendekati guru terbabit.

Tidak terhenti di situ, murid terbabit baru-baru ini dikatakan turut cuba mengintai bahagian bawah bajunya meskipun sudah beberapa kali dimarahi.

Akui rimas dengan situasi berkenaan, guru itu bagaimanapun berasa serba salah untuk melaporkannya kepada pihak atasan memandangkan ibu kepada pelajar tersebut merupakan rakan sekerjanya di sekolah yang sama.

"Tapi tak berhenti di situ, dia mula intai bawah baju saya pula. Apabila waktu tengah jalan dan pakai baju jersi muslimah atau baju kurung besar tiba-tiba perasan dia tengah duduk dekat tepi kita! 

"Sampai satu tahap saya memang marah. Terbaharu adalah, dia baring bawah sofa dekat bahagian kaki ya... apa yang patut saya buat sebab dia anak cikgu di situ," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 5 jatuh koridor ketika cuba ambil kasut sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Murid perempuan Tahun 2 trauma, ada budak ‘pedajal’ kencing dalam botol air

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menasihatkan agar guru berkenaan segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak sekolah sebelum situasi menjadi lebih serius.

"Pastikan ada bukti dulu baru senang nak cakap dekat parents, ni isu besar. Buat masa sekarang dia sasarkan kau sebagai cikgu.

"Kalau dibiarkan nanti dia sasarkan kawan-kawan sekolah pula... halang dia sekarang sebelum jadi lagi teruk.

"Murid Tahun Dua pun cikgu masih teragak-agak untuk ambil tindakan dan bagitahu ibunya? Kalau masalah diri sendiri pun cikgu tak mampu nak urus bagaimana pula nasib puluhan kanak-kanak di tangan cikgu?" demikian menurut netizen.

Artikel Lain