suria

Murid darjah 5 jatuh koridor ketika cuba ambil kasut sekolah

Gurauan sesama rakan ada kalanya boleh mengundang kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

SEORANG murid Tahun Lima sebuah sekolah di Batu Berendam, Melaka dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah pada Rabu sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan, kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu berlaku ketika dia cuba mengambil semula kasut rakan yang dilemparnya ke atas bumbung laluan pejalan kaki.

Selepas mengambil kasut berkenaan, mangsa kemudian cuba memanjat tembok koridor.

Bagaimanapun ketika itu dia dipercayai tergelincir dan jatuh.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar tengah hari ketika pelajar sekolah sedang bersiap untuk pulang.

Kanak-kanak itu kemudiannya segera dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit mengesahkan pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel Lain