suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pening kepala cari tempat bercuti? Ikuti 3 tip mudah ini untuk bina itinerari ‘best’ tanpa guna Google

Ramai yang menggunakan enjin carian seperti Google untuk mencari lokasi pelancongan menarik. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali merancang percutian, perkara pertama yang biasanya dilakukan ialah mencari tempat menarik dan menyusun itinerari supaya perjalanan lebih teratur.

Biasanya, kita akan menggunakan enjin carian seperti Google untuk mendapatkan idea dan informasi tentang lokasi yang mahu dilawati.

Namun, hasil carian yang terlalu banyak kadang kala menyukarkan kita memilih lokasi yang benar-benar sesuai.

Sebenarnya, ada beberapa cara mudah untuk mencari tempat menarik dan merancang perjalanan dengan lebih sistematik.

1. Cari inspirasi di TikTok, Instagram dan YouTube

Orang ramai disarankan menggunakan platform media sosial seperti TikTok, Instagram atau YouTube untuk mencari lokasi yang mahu dikunjungi.

Platform ini membolehkan kita melihat video dan gambar lebih terkini, termasuk lokasi yang sedang popular dan belum diketahui ramai.

Perkongsian yang lebih terkini juga boleh membantu kita mendapatkan gambaran tentang keadaan semasa sesuatu tempat.

Kita juga boleh membaca komen pengguna untuk mengetahui pengalaman mereka, termasuk tip berguna dan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum berkunjung.

Anda boleh mengikuti akaun pencipta kandungan untuk mencari inspirasi sebelum mengunjungi sesuatu lokasi. -Gambar hiasan AI

2. Gunakan kata kunci yang lebih spesifik

Ketika mencari tempat menarik di sesuatu destinasi, cuba gunakan kata kunci yang lebih khusus mengikut minat masing-masing.

Sebagai contoh, jika bercuti di Seoul, Korea Selatan, cuba cari'hidden gems in Seoul', 'best cafes in Seoul' atau 'unique places to visit in Seoul' di media sosial.

Kita juga boleh mencari lokasi mengikut kategori seperti tempat bergambar, pasar tempatan, taman, muzium atau kawasan membeli-belah.

Cara ini membantu kita mengetahui lebih banyak pilihan yang mungkin tidak muncul jika hanya mencari menggunakan kata kunci umum seperti 'tempat menarik di Seoul'.

3. Terokai akaun pencipta kandungan pelancongan

Jika temukan video tentang tempat yang menarik perhatian, cuba lihat profil pencipta kandungan tersebut untuk mencari perkongsian lain.

Ada antara mereka yang berkongsi video bersiri tentang destinasi tertentu, termasuk tempat makan, lokasi tersembunyi dan aktiviti menarik.

Kita juga boleh mencari pencipta kandungan yang sering berkongsi tentang destinasi pilihan supaya lebih mudah mendapatkan idea daripada pengalaman mereka.

Dengan cara ini, kita bukan sahaja mengetahui satu lokasi menarik, malah boleh mendapatkan inspirasi untuk mengisi itinerari dengan beberapa tempat lain yang sesuai dikunjungi.

Artikel Lain