PENYANYI Daus Eli berharap dapat menonjolkan sisi berbeza sebagai penghibur jika namanya terpilih menjadi salah seorang peserta di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).Sedia menyahut cabaran mingguan, kata Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 38, program berkenaan juga menjadi platform terbaik untuk terus menyerlah. Bahkan, ia juga menjadi bukti dia tidak pernah meninggalkan dunia nyanyian meskipun semakin jarang muncul dalam mana-mana program televisyen.Daus harap sokongan peminat untuk menyertai GVF. "GVF merupakan satu platform yang besar untuk saya cabar kemampuan diri sebagai penyanyi. Saya nak buktikan masih mampu memberikan sesuatu yang berbeza kepada industri muzik."Kalau diberi peluang, saya nak tampil dengan identiti dan kelainan tersendiri dalam setiap persembahan," katanya kepada mStar.Nama Daus diumumkan sebagai salah seorang daripada 25 calon kerusi panas yang memerlukan undian orang ramai untuk melengkapi senarai 13 peserta GVF.ARTIKEL BERKAITAN: Amylea Azizan idam ‘kerusi panas’ GV Fantasia... Mahu perbetul persepsi, tonjol bakat menyanyi ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Sufie Rashid tidak sertai GV Fantasia, mohon maaf hampakan peminatMeskipun belum pasti terpilih, namun baginya tersenarai dalam calon undian juga merupakan satu peluang yang berharga."Saya sangat bersyukur dan terharu. Memang tidak sangka diberi peluang dan kepercayaan untuk berada dalam senarai hot seat GVF. Semoga ada rezeki untuk saya melangkah jauh," luahnya.25 penyanyi yang merebut hot seat GVF. Daus merupakan pemenang tempat ketiga program Akademi Fantasia musim kelapan, di mana ketika itu nama Shahir diumumkan sebagai juara dan Adira mendapat naib juara.Jika terpilih menjadi salah seorang peserta GVF, penyanyi asal Sarawak ini juga berharap dapat mengharumkan negeri kelahirannya."Kalau ada rezeki, saya juga ingin membawa nama Sarawak dan menjadi wakil Sarawak di pentas GVF," luahnya.