TAMPIL membuat persembahan pada minggu pertama program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Sufie Rashid memberitahu ia menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya.Bukan sahaja mengimbau sejarah bergelar juara di lokasi sama, Sufie, 35, juga memberitahu penyertaan dalam program Gegar Vaganza merupakan salah satu impian dalam kerjaya seni. Bagaimanapun, penyanyi asal Singapura ini tidak dapat menyertai edisi kali ini disebabkan kekangan masa.Kemunculan Sufie mengubati rindu peminat. "Bangun pagi dengan rasa syukur dapat menyanyi semula di MBSA di mana kerjaya saya bermula selepas menang Akademi Fantasia."Paling bersyukur juga dapat merasa apa itu pentas GV yang sangat besar di Malaysia ini."GV memang dalam wishlist dari dulu. Siapa sangka bukan rezeki lagi untuk bertanding kerana jadual yang sangat padat," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gegar Vaganza‘ kembali... Juara-juara AF bakal berentap dalam ‘GV Fantasia‘ mulai 8 November ARTIKEL BERKAITAN: Shahir tak kecil hati ditegur turunkan berat badan, mulakan diet demi Gegar Vaganza FantasiaSufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 muncul membuat persembahan di GVF pada malam Ahad yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam bagi memberi sokongan kepada peserta lain.Sebagai salah seorang juara AF terdahulu, nama Sufie juga disebut-sebut sebagai pemegang tiket hot seat yang melengkapkan senarai 13 peserta bertanding.Penyanyi ini sempat memohon maaf kepada peminat yang menyangka kemunculannya pada minggu pertama ini sebagai salah seorang peserta.25 bekas pelajar AF yang tersenarai untuk undi masuk. "Saya minta maaf kalau menghampakan anda semua sebab tak masuk," ujarnya.Pada penghujung konsert pertama GVF, seramai 25 nama bekas pelajar AF diumumkan sebagai senarai undian masuk dan hanya empat akan terpilih sebagai peserta.Antara nama yang tersenarai ialah Farah, Felix, Amylea, Farhan dan Ara Johari.Turut dipilih untuk undian masuk ialah Akim Ahmad, Daus, Fyna Jebat, Billa Najmi dan Ewal.