suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uji Rashid akui sukar terima kematian Cico... “Tapi kena reda, ini adalah pinjaman Tuhan“

Uji sukar untuk terima kematian anaknya Cico.

DALAM kesedihan, penyanyi Uji Rashid reda akan pemergian anak tercinta, Allahyarham Cico Harahap yang meninggal dunia pada pagi Ahad.

Kata Uji atau Fuziah binti Haroun Al Rashid, 73, tidak mudah untuk menerima hakikat anak yang telah dijaga selama 48 tahun pergi buat selamanya.

“Saya ada bercakap dengan rakan, saya beritahu tak boleh terima. Tapi dia kata kena reda. Ini adalah pinjaman Tuhan. Saya ingat semua kata-kata itu dan menerimanya.

“Mudah-mudahan Tuhan ampunkan dosa dia dan diletakkan di tempat yang terpilih. Itu sahaja harapan saya.

“Minta semua tidak buat andaian, saya tak mahu. Minta semua orang doakan sahaja,” katanya.

Uji sempat bantu arwah berwuduk sebelum dimasukkan ke hospital.

Uji ditemui selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada petang Ahad.

Cico atau Ezzaq Farouk Harahap, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor sekitar pukul 11 pagi Ahad.

Bercakap tentang kesihatan Allahyarham, menurut Uji, anaknya sudah hampir 11 tahun tidak sihat kerana mengalami jangkitan dalam badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan renyai iringi pengebumian Cico Harahap, 200 orang hadir beri penghormatan terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Uji Rashid bercucuran iringi jenazah Cico

“Dia sudah sakit selama 11 tahun. Tapi kebelakangan ini dia sihat dan boleh pergi gim empat kali seminggu.

“Minggu lepas dia dah mula sakit. Dia sebelum ini dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi) sebab sesak nafas,” ujarnya.

Berkongsi kenangan bersama, Uji selalu teringat akan gurauan Cico yang memberitahu dia lebih berusia berbanding ibunya.

“Kami memang tidak pernah berjauhan sejak dia dilahirkan. Dia selalu bergurau beritahu saya lebih muda.

“Sebelum dimasukkan ke hospital saya sempat bantu dia berwuduk kerana dia tak mahu tinggal solat,” ceritanya.
 

Artikel Lain