suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolong dapatkan kerusi dalam LRT, wanita kecewa sikap ibu hamil terus duduk main telefon - “Ucapan terima kasih pun tiada”

Segelintir individu gemar membantu orang berkeperluan khas. -Gambar hiasan AI

UCAPAN terima kasih mungkin ringkas, namun cukup untuk membuatkan seseorang berasa dihargai dan gembira selepas menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ibu hamil yang dibantu untuk mendapatkan tempat duduk dalam Transit Aliran Ringan (LRT) tidak memberikan sebarang respons penghargaan, waima senyuman.

Berkongsi situasi pahit tersebut, ujarnya, dia beratur bersama penumpang berkenaan di stesen Ampang Park sebelum mereka memasuki tren yang semua tempat duduknya sudah penuh.

Perasaan belas ihsan yang dirasai membuatkan dia memberanikan diri untuk menegur seorang penumpang lelaki yang sedang duduk.

Tambahan pula, ketika itu dia melihat wanita hamil berkenaan pucat dan penat.

Kebanyakan wanita hamil merasakan keadaan diri perlu mendapat layanan istimewa. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan wanita hamil merasakan keadaan diri perlu mendapat layanan istimewa. -Gambar hiasan AI

"Saya tegur baik-baik, encik, wanita ini hamil. Boleh berikan dia tempat duduk? Lelaki itu terus minta maaf dan bangun. Jadi wanita hamil ini terus duduk tanpa pandang saya, ucapan terima kasih pun tak ada. Dia terus main telefon," ceritanya di Thread.

Walaupun tidak menerima sebarang ucapan penghargaan, pengadu pada mulanya memilih untuk tidak mengambil hati.

Namun tidak lama kemudian, seorang wanita warga emas bertongkat memasuki tren yang semakin sesak sambil membawa dua beg dan berdiri berhampiran pintu, bersebelahan tempat duduk ibu hamil tersebut.

Ceritanya lagi, apabila penumpang di hadapannya bangun untuk turun di stesen berikutnya, dia segera memanggil warga emas itu supaya datang duduk.

"Kalau saya pentingkan diri, saya duduk saja. Tapi saya lambai mak cik itu suruh datang.

  • Wanita terkilan ibu hamil dibantu dapat tempat duduk LRT langsung tidak mengucapkan terima kasih.
  • Dia memberanikan diri menegur penumpang lelaki supaya memberikan tempat duduk.
  • Dia turut membantu warga emas bertongkat yang membawa dua beg dalam tren sesak.
  • Warga emas mengucapkan terima kasih, ibu hamil pula didakwa terus leka dengan telefon.
  • Pengadu sempat menyebut ‘sama-sama’ kepada ibu hamil ketika turun di stesen sama.

"Tren sempit, ramai orang berdiri. Mak cik bawa dua beg sambil pegang tongkat, memang dia terkial-kial nak bergerak ke tempat duduk yang saya tawarkan," katanya.

Pada masa sama dia berharap ibu hamil berkenaan dapat berganjak ke kerusi kosong di sebelah supaya warga emas tersebut tidak perlu bergerak lebih jauh.

Bagaimanapun, penumpang itu sekadar melihat, menyebabkan dia membantu memegang beg warga emas berkenaan sementara menunggu wanita itu duduk.

"Mak cik itu duduk saja terus senyum dan ucap terima kasih dua kali. Dia siap tawarkan saya tempat duduk di sebelahnya selepas seorang lagi penumpang turun," ujarnya.

Sementara itu, ibu hamil terbabit didakwa terus menggunakan telefon tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sepanjang baki perjalanan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lain kali pergi swasta!” - Individu bengang wanita hamil potong barisan dekat KK, pura-pura tak nampak 30 orang sedang beratur

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mati kalau tak beli“ - Wanita hamil mengidam ‘snow crab‘ kena marah dengan mentua, geram suami ‘anak mak‘ hanya diam membatu

Menjelaskan situasi yang berlaku, ujarnya, dia bukan mengharapkan balasan atas pertolongan diberikan, sebaliknya berpendapat ucapan penghargaan merupakan adab asas dalam kehidupan seharian.

Malah, dia mengakui memerlukan keberanian untuk menegur orang tidak dikenali bagi mendapatkan tempat duduk buat penumpang berkenaan.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan adab adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan harian.

"Patutlah sesetengah orang tak mahu layan wanita hamil ni, dia fikir diri dia layak dilayan dalam segala hal.

"Saya selalu berpesan dengan isteri, kalau nak berbuat baik jangan harapkan balasan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain