suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Lain kali pergi swasta!” - Individu bengang wanita hamil potong barisan dekat KK, pura-pura tak nampak 30 orang sedang beratur

Beratur mengikut mencerminkan sikap saling menghormati dan bertimbang rasa terhadap orang lain. -Gambar hiasan AI

SIKAP bertimbang rasa ketika berada di tempat awam nampaknya masih menjadi perkara yang sukar untuk dipatuhi sesetengah individu.

Sebagai contoh, apabila berada di lokasi tumpuan ramai seperti fasiliti kesihatan, setiap pengunjung seharusnya menghormati orang lain yang sudah lama beratur menunggu giliran.

Di Threads, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa seorang wanita hamil bertindak memotong barisan ketika berkunjung ke sebuah klinik kesihatan milik kerajaan.

Menurutnya, wanita berkenaan dikatakan tiba lewat berbanding orang lain, namun terus menuju ke bahagian hadapan barisan dengan alasan dia sedang hamil.

Wanita hamil sering diberi keutamaan di sesetengah premis namun situasi sedemikian tidak seharusnya dijadikan lesen untuk mengambil kesempatan. -Gambar hiasan AI

"Lain kali kalau tak reti bangun awal, mandi awal, keluar awal dan beratur dekat klinik kesihatan, pergi klinik swasta.

"Kau tak berhak sesuka hati memotong barisan dan jawab... habis tu nak saya buat apa?" luahnya.

Menceritakan lebih lanjut, individu itu memberitahu terdapat kira-kira 30 orang yang sedang beratur menunggu giliran ketika insiden berkenaan berlaku.

Ia termasuk wanita hamil lain, warga emas serta individu yang ingin mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur perangai ‘mak buyung’ di kedai viral... Sarat hamil bukan ‘tiket’ mudah nak potong barisan!

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas ditegur potong barisan... Anak sengaja minta maaf kuat-kuat, tak puas hati ibu ditegur - “Berdosa besar, mak kena jawab tau!”

"Orang lain datang 6.20 pagi, kau pula hanya sampai pukul 7.29 pagi dan terus pergi depan sekali.

"Hanya kerana kau mengandung, itu tidak bermakna kau istimewa sehingga boleh sesuka hati memotong barisan," katanya.

Kecewa dengan tindakan wanita tersebut, dia kemudian adukan hal berkenaan kepada pengawal keselamatan di klinik itu, namun mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.

  • Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa seorang wanita hamil memotong barisan di sebuah klinik kesihatan.
  • Wanita itu dikatakan tiba pada pukul 7.29 pagi, sedangkan orang lain sudah beratur sejak 6.20 pagi.
  • Individu itu mendakwa kira-kira 30 orang sedang menunggu, termasuk wanita hamil lain, warga emas dan pesakit.
  • Dia turut memaklumkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan, namun mendakwa tiada tindakan diambil.
  • Warga maya berpendapat wanita berkenaan sepatutnya berbincang dengan petugas jika memerlukan keutamaan.

"Tapi nak buat macam mana, guard tak function.

"Nasib kau baik aku tak nak make a scene dekat klinik kesihatan ni. Ikutkan hati aku, nak je sergah kau. 

"Faham kau pregnant, tapi yang kau potong ni semua bukan pregnant? Bukan ada yang bawa newborn baby? Jangan jadi bodoh please," luahnya.

Perkongsian individu tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal bercampur geram dengan sikap wanita tersebut yang seolah-olah mengambil kesempatan.

Mereka berpendapat, jika benar wanita tersebut memerlukan keutamaan atas faktor kesihatan atau keadaan fizikal, perkara tersebut boleh dijelaskan dan dibincangkan dengan petugas atau individu yang berada dalam barisan bagi mengelakkan salah faham.

Artikel Lain