suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Kapal‘ Siti Khadijah & Amir Ahnaf sudah karam, kekal profesional sebagai rakan artis saja

Siti dan Amir hanya kawan seindustri.

PELAKON Siti Khadijah Halim menegaskan 'kapal' gandingannya bersama aktor Amir Ahnaf sudahpun karam, sekali gus memohon peminat berhenti mengharapkan mereka kembali menjalin hubungan istimewa.

Siti atau Siti Khadijah Halim, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut, sebaliknya meminta orang ramai memberi lebih tumpuan terhadap bakat serta hasil kerja seninya berbanding kisah peribadi semata-mata.

Bagaimanapun, dia berjanji tidak akan berahsia dan bakal berkongsi kepada umum sekiranya benar-benar menemui kebahagiaan kelak demi mengelakkan sebarang fitnah.

Siti berkongsi perkembangan itu ketika ditemui mStar.

“Karam dah! Alamak, macam mana ni? Minta maaf, saya bukan kapten kapal itu. Saya hanyalah seorang wanita yang menjadi penumpang.

“Saya hanyalah anak kapal, bukan nakhoda dia. Saya minta maaf kalau ini tidak seperti mana yang anda jangkakan.

“Tetapi tolonglah, lihatlah bakat saya bukan setakat kisah cinta saya. Kalau ada berita baik, saya akan beritahu dan uar-uarkan untuk mengelakkan fitnah,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah terbuka jika berjodoh dengan Amir Ahnaf - “Allah yang pegang hati kita“

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis enggan bekerjasama? Siti Khadijah anggap isu ‘dipulaukan‘ asam garam dunia seni

Dalam pada itu, Siti menjelaskan hubungannya bersama Amir kekal profesional dan berada dalam keadaan baik sebagai rakan sesama industri.

“Siti tidak mahu komen panjang, cuma seperti mana yang Siti cakap sebelum ini, kalau ada rezeki, ada. Kalau tiada, tidak mengapa, maksudnya tiada rezekilah.

“Siti faham sahaja peminat suka akan kami, malah kami juga tercalon untuk ABPBH akan datang dan kalau ada rezeki, adalah.

Siti dan Amir mengekalkan hubungan profesional. 

“Kami berbaik sahaja. Industri ini kecil sahaja, pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama. Kalau dia ada di sebelah pun, saya akan tegur sahaja dia,” ujarnya.

Sebelum ini, keserasian Siti dan Amir melalui drama Cinta Dalam Serkam membuatkan ramai peminat mendoakan supaya mereka berdua berjodohan.

Bagaimanapun, hubungan mereka akhir-akhir ini dilihat renggang dan jarang kelihatan bersama lagi susulan beberapa kontroversi membabitkan Amir sebelum ini.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain