Wanita hamil perlu memastikan tali pinggang keledar dipakai dengan kedudukan yang betul. -Gambar hiasan AI
PEMAKAIAN tali pinggang keledar ketika memandu atau menaiki kenderaan bukan perkara yang boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi bagi wanita yang sedang hamil.Walaupun ada ibu mengandung berasa kurang selesa ketika memakainya, penggunaan tali pinggang keledar tetap penting bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Perkara itu kembali mendapat perhatian selepas tular perkongsian mengenai seorang wanita hamil 17 minggu yang kehilangan bayi dalam kandungan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.Lebih menyedihkan, wanita berkenaan turut mengalami kecederaan serius apabila rahimnya pecah sehingga terpaksa dikeluarkan.Impak kuat tali pinggang keledar yang terkena bahagian perut ketika kemalangan turut menjadi antara perkara yang dikongsikan ahli keluarganya sebagai peringatan kepada wanita hamil lain.Kejadian berkenaan membuka mata orang ramai mengenai kepentingan memakai tali pinggang keledar dengan kedudukan yang betul bagi membantu melindungi ibu dan kandungan.Justeru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut berkongsi panduan pemakaian tali pinggang keledar yang betul untuk wanita hamil.1. Jangan letakkan tali pinggang keledar di atas perutAntara perkara paling penting ialah memastikan tali pinggang keledar bahagian bawah tidak melintasi atau menekan perut.Sebaliknya, tali tersebut perlu diletakkan di bawah perut dan merentasi bahagian tulang pinggul.Kedudukan ini membantu memastikan tali pinggang berada pada tempat yang sepatutnya ketika berlaku pelanggaran.2. Pastikan tali keledar merentasi bahu dan dadaKedudukan tali pinggang keledar di bahagian atas badan juga perlu diberi perhatian.Pastikan tali keledar merentasi bahu dan berada jauh daripada leher.Pada masa sama, tali tersebut perlu melintangi bahagian dada dan tidak diletakkan di belakang badan atau di bawah lengan.3. Jarakkan perut daripada sterengBagi wanita hamil yang memandu, pastikan terdapat jarak antara perut dengan stereng kenderaan.Kedudukan tempat duduk perlu diselaraskan supaya pemandu dapat mengendalikan kenderaan dengan selesa tanpa menyebabkan perut bersentuhan dengan stereng.Namun, pastikan jarak tersebut tidak menjejaskan keupayaan untuk mencapai pedal dan mengawal kenderaan dengan selamat.4. Jangan abaikan pemakaian tali pinggang keledarWalaupun pemakaiannya mungkin menimbulkan rasa kurang selesa ketika hamil, wanita tidak seharusnya mengambil mudah aspek keselamatan ini.Ibu hamil yang tidak memakai tali pinggang keledar berisiko mengalami kecederaan lebih serius sekiranya terlibat dalam kemalangan, termasuk tercampak atau terhantuk pada papan pemuka dan beg udara (airbag).Oleh itu, pemakaian tali pinggang keledar dengan kedudukan yang betul amat penting bagi membantu mengurangkan risiko kecederaan kepada ibu dan kandungan.Jadikan panduan ini sebagai peringatan kepada semua wanita hamil supaya sentiasa mengutamakan keselamatan setiap kali menaiki kenderaan.