PELAKON senior Hollywood yang juga bapa kepada model terkenal Hailey Bieber, Stephen Baldwin berdepan saman kira-kira RM25 juta selepas didakwa menyebabkan kerosakan di sebuah hotel bersejarah di New Mexico, Amerika Syarikat.Baldwin, 60, didakwa secara tidak sengaja mengaktifkan sistem pemercik air kebakaran ketika menggunakan tuala di bilik mandi Hotel St. Francis pada Julai 2024 sehingga menyebabkan beberapa bahagian bangunan tersebut ditenggelami air. Menurut dokumen mahkamah, kejadian itu menyebabkan kerosakan pada beberapa bilik penginapan, koridor, siling dan dinding hotel sehingga memerlukan kerja pembaikan serta pemulihan yang menelan belanja jutaan ringgit.Baldwin menjelaskan dia tidak mengaja berbuat demikian. Syarikat insurans Westfield Insurance Company yang sebelum ini menanggung kos kerosakan tersebut kini memfailkan saman terhadap Baldwin bagi menuntut semula bayaran yang telah dibuat kepada pengendali hotel, Heritage Hotels and Resorts Inc.Pihak insurans mendakwa pelakon filem The Usual Suspects itu bertindak cuai dan gagal mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya ketika menggunakan kemudahan bilik hotel berkenaan.Bagaimanapun, peguam Baldwin menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan saman berkenaan sebagai tidak berasas, selain menegaskan anak guamnya segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ceroboh rumah, curi seluar dalam kotor anggota Click-BARTIKEL BERKAITAN: Hampir diusir dari rumah akibat kurang tawaran berlakon, bintang Baywatch cari duit di OnlyFansMenurut peguamnya, kakitangan hotel ketika itu juga didakwa tidak dapat memasuki bilik penyelenggaraan untuk menghentikan aliran air, sekali gus menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.Dalam perkembangan sama, pasukan guaman Baldwin sudah mengemukakan permohonan pada 18 November lalu supaya kes tersebut dipindahkan daripada Mahkamah Agung New York ke mahkamah lain.