AKTOR Shaheizy Sam yang diangkat Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 meluahkan rasa syukur atas kejayaan itu.Sam yang terpilih menerusi lakonan hebat dalam filem Badak, turut berbesar hati ingin membelanja pengunjung di restoran piza miliknya, esok. “Terima kasih mummy kerana tak pernah putus doakan saya. 100 orang pertama esok saya akan belanja piza,” ujarnya. Sam dan Aida dinobat sebagai pelakon terbaik FFM35. Sam menewaskan calon lain termasuk Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Ameerul Affendi (Libang Libu).Sementara itu, Aida Amron pula memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, juga menerusi filem Badak.Bagi Aida ia merupakan satu pengiktirafan bermakna kerana masih baharu dalam industri lakonan. ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam enggan berharap menang FFM35, terpulang selera juri - “Belum tahu siapa dapat“ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam abai ugutan ‘cancel‘ dicetuskan netizen, syukur bisnes pizza tidak terjejas“Saya Aida Amron. Saya pelakon. Ramai tak kenal saya. “Terima kasih kepada industri kerana mengiktiraf saya. Saya ingin memanusiakan manusia dalam industri ini,” katanya. Aida dilihat menahan sebak ketika berada di atas pentas. Kedua-dua mereka merupakan pelakon Filem Badak. Calon lain kategori tersebut ialah Shasha Abedul (Malam Terlarang), Fish Liew (Pavane For An Infant), Nad Zainal (Denu) dan Mimi Lana (Polong). Bertemakan Spektrum Sinema, FFM35 disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam di TV2 RTM serta laman YouTube rasmi FINAS.FFM35 dihoskan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson.TONTON VIDEO PILIHAN!