SETIAP kali memandu di kawasan pencawang elektrik, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi 'bola gantung' pada kabel berkenaan.Bentuknya yang bulat dengan warna-warna terang seperti oren, merah, kuning atau putih kerap menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai tentang tujuan pemasangannya. Sebenarnya, bola tersebut dikenali sebagai penanda talian elektrik ataupun aerial marker ball yang berfungsi sebagai penanda jarak jauh bagi pesawat yang terbang rendah.Warna terang pada bola berkenaan membantu kabel yang nipis lebih mudah dilihat dari jauh, sekali gus mengurangkan risiko pesawat atau helikopter terlanggar talian elektrik ketika terbang pada altitud rendah.Selain itu, penanda berkenaan turut membantu meningkatkan keselamatan di kawasan yang sering dilalui pesawat kecil, termasuk laluan berhampiran lapangan terbang dan kawasan pergunungan.Walaupun kelihatan seperti aksesori biasa, pemasangannya amat penting kerana risiko perlanggaran dengan kabel tinggi boleh mengancam nyawa juruterbang serta penumpang.Bukan sahaja berisiko menyebabkan kematian, perlanggaran sedemikian juga boleh merosakkan infrastruktur elektrik sehingga mengakibatkan gangguan bekalan tenaga yang serius di kawasan sekitar.Dalam keadaan tertentu, kerosakan pada talian elektrik boleh mencetuskan percikan api yang berisiko mengakibatkan kebakaran khususnya di kawasan semak atau hutan.Malah, sebarang gangguan bekalan akibat kerosakan talian turut memberi kesan buruk kepada fasiliti kritikal seperti hospital yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan elektrik untuk operasi harian dan pembedahan. -Agensi