KESUSAHAN hidup yang dilalui ibu bapa adakalanya sukar difahami anak-anak, terutama ketika mereka masih belum mengerti erti pengorbanan serta had kemampuan kewangan keluarga.Menurut perkongsian seorang wanita, dia begitu sedih mengenangkan kerenah anak-anak yang seperti tidak memahami situasi kesempitan hidup mereka. Menurut wanita berusia 46 tahun itu, pada suatu malam dia dan suami hanya mampu membeli roti canai untuk makan malam mereka sekeluarga.Namun, salah seorang anak lelakinya masuk ke bilik dan mengadu masih lapar tidak lama selepas selesai makan.Ibu bapa perlu memastikan kebajikan anak-anak sentiasa terjaga. -Gambar hiasan AI"Aku cakap ada je mi segera dekat dapur, pergi la masak. Tapi dia tak nak. Dia pun dah muak aku suruh makan mi segera je setiap kali lapar. Suami dah tidur, penat bawa e-hailing selama hampir 20 jam. "Duit hasil kerja tu dah guna beli apa yang perlu termasuk yuran taska anak. Aku memang tak ada duit. Kalau ada, aku ni tak lokek pun nak bagi."Anak aku tengok menu nasi goreng dekat aplikasi penghantaran makanan, harga hampir RM30 sebab caj penghantaran mahal. Aku mengamuk cakap tak ada duit sampai suami terjaga dan kami bergaduh," ceritanya.Lebih menyedihkan, wanita itu mendedahkan dia mengalami demam sejak pagi, namun merasakan anak-anak seperti langsung tidak peka dengan keadaan kesihatannya.ARTIKEL BERKAITAN: Biarkan anak kebulur hingga makan najis sendiri, ibu pula sibuk layan kekasihARTIKEL BERKAITAN: Ibu sakit hati anak umur setahun menangis kelaparan, syak pengasuh malas suap makan - “Aku bangun Subuh untuk siapkan bekal”Meskipun memahami suaminya terlalu keletihan dan tidak cukup tidur, dia berharap anak-anak dapat bertimbang rasa dengan situasi semasa keluarga mereka."Aku sedih dengan perangai anak-anak, kenapa mereka tak boleh faham keadaan mak ayah dia yang tengah susah? Tak boleh ke 'ikat perut' sikit. Bukan aku tak bagi makan. Aku tetap bagi mereka makan."Aku rasa tak ada istilah kebuluran. Walaupun sekadar nasi goreng kosong pun aku tetap siapkan untuk anak-anak makan. Aku tak harap pun suami jaga aku atau tolong anak-anak. Aku cuma sedih dengan perangai anak-anak," luahnya.Luahan yang dibuat wanita itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang rata-ratanya bersimpati dengan nasibnya apabila melibatkan masalah kewangan dalam keluarga.Suami kerja e-hailing hampir 20 jam, duit cukup-cukup makan.Anak mengadu lapar, minta pesan nasi goreng hampir RM30.Ibu demam, tak mampu beli makanan lebih untuk keluarga.Hanya mampu beli roti canai, anak mula merungut lapar.Wanita terkilan anak tak faham kesempitan hidup mak ayah.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjawab komen seorang pengguna yang mencadangkan supaya dia membeli telur atau sardin untuk dimasak di rumah, wanita itu menjelaskan barangan berkenaan sebenarnya sudah dibeli untuk hidangan keesokan hari.Malah, dia menegaskan bukan tidak menyediakan makanan untuk keluarga, sebaliknya tetap berusaha mengadakan hidangan mengikut kemampuan."Suami ada duit lebih sikit lepas buat e-hailing, itu yang dia belikan roti canai. Sepatutnya kenyang juga kan. Tapi perut anak ni entah la. Saya pula demam jadi makan panadol dan masuk bilik nak tidur."Tapi dah jadi satu hal lain pula apabila kena bertekak dengan suami. Terus rasa tak mengantuk. Tak tahu la nak luahkan hal ni dekat siapa sebab tu saya post dekat media sosial. Moga hilang terus beban ni," ujarnya menjelaskan situasi kepada seorang warganet.