suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Biarkan anak kebulur hingga makan najis sendiri, ibu pula sibuk layan kekasih

Ibu kejam itu dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun.

KEJAM, begitulah yang dapat menggambarkan sikap seorang wanita terhadap dua anaknya yang masih kecil.

Kerana sibuk melayan kekasih baharunya, wanita itu membiarkan anak-anaknya kelaparan selama sebelas hari.

Vladislava Trokhimcuk, 23, langsung tidak sedih malah ketawa sewaktu dia dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan itu.

Kejadian berkenaan berlaku di Kyiv, Ukrain.

Anak lelakinya, Danil yang berusia dua tahun meninggal akibat kelaparan manakala anak perempuan, Anna, tiga tahun terselamat biarpun dibiarkan tanpa makanan dalam tempoh panjang.

Dikhabarkan, anak perempuannya berjaya bertahan kerana meneguk air dari sebuah pasu.

Selain makan kertas dan plastik, dua anaknya juga dilaporkan makan najis sendiri kerana tidak tahan kelaparan. - Daily Star.

dera, lapar, makan najis

Artikel Lain